|
Musim bunga kembali berlatar suasana romantik menggamit hati.
Fesyen di pentas Milan dan Paris membias selera fesyen terkini, maka
hidangan gaya rata-rata unik lagi berani. Ya, trend berani cuma buat
mereka yang gila fesyen. Dan persoalannya di sini, siapakah yang celik
fesyen di kalangan selebriti kita? Fikiran melayang jauh memikirkan
calon muka depan yang paling sempurna buat Mac, bulan fesyen.
Teringat pula kami pada kelucuan fi lem Pisau Cukur. Selain
jalan ceritanya yang menarik, kehadiran barangan berjenama nyata
berjaya ‘menyuntik’ nyawa pada filem berkenaan. Kedua-dua pelakon
utamanya muncul girly chic dalam designer dress, kaca mata hitam besar
sambil menjinjing ‘it bag’ Louis Vuitton sampai ke Prada. Sungguh
lucu melihat kelincahan dan keletah Maya Karin dan Fazura. Dan
di malam tayangan perdana Picau Cukur, Fazura menguasai suasana
dalam dress bondage Herve Leger. Hati warga GLAM terus terpaut...
DUNIA FESYEN FAZURA Fazura atau nama penuhnya
Nur Fazura Sharifuddin, melangkah masuk ke studio – berjaket
tweed hitam putih Chanel, jeans biru sambil menjinjing beg
Birkin saiz 50 merah tanah. Aktres muda dari Pekan, Pahang ini
dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Jika kanak-kanak lain
dimanjakan dengan gula-gula dan permainan, Fazura pula disogok
dengan aneka baju-baju cantik dan berjenama. “Ibu dan makcikmakcik
terlalu manjakan saya. Mereka suka sangat melayan saya,
ajar saya bersolek dan bercantik-cantik – untung sungguh jadi
cucu perempuan pertama!” kata Fazura girang membuka bicara.
“Dahulu, sewaktu kecil, saya suka melihat ibu bersiap cantik. Ibu
memberi tunjuk ajar bagaimana mahu bersolek dan bersiap rapi.”
Akui Fazura lagi, dia rasa bertuah memiliki ahli keluarga yang rata-rata
bijak bergaya. “Semua wanita dalam famili saya cukup stylish!”
Seawal umur 11 tahun, Fazura sudah melaram Chanel dan Moschino,
label yang mendominasi geroboknya sewaktu remaja. Kerana kagum
melihat ibu dan makciknya bergaya, Fazura secara rahsia menanamkan
hasrat memiliki Chanel dengan duitnya sendiri. Pada usia 15 tahun,
Fazura membeli beg Chanel pertamanya. “I’m a Chanel girl! Saya kumpul
duit raya sebab beg Chanel! Beg bertali dua tu saya beli sewaktu keluarga pergi bercuti ke London. Harga masa tu masih murah.
Sekarang ni kalau nak beli kena fikir dua kali dulu.”
|