| PRESIDEN KUMPULAN MELIUM, DATO’ FARAH KHAN DENGAN PENGALAMAN 19 TAHUN DALAM DUNIA FESYEN TANAH AIR BERCERITA TENTANG HALA TUJU FESYEN MALAYSIA HARI INI. TENTANG KEGAWATAN EKONOMI YANG BAKAL MENGOCAK INDUSTRI FESYEN TEMPATAN WAKTU SAMA MEMBERI KESEMPATAN KEPADA SAYA MENGENALI SIAPA DATO’ FARAH KHAN SEBENARNYA Makan tengah hari meraikan pembukaan butik YSL pertama di Kuala Lumpur bersama kelompok media baru sahaja berakhir. Restoran Third Floor di JW Marriott lengang kecuali beberapa orang pekerja restoran yang mengemas dan menyediakan meja untuk acara makan malam, eksklusif untuk 56 tetamu terpilih YSL. Kelibat Dato’ Farah Khan saya nampak dari jauh. Memberi pendapat dan arahan untuk atur letak yang dimahukan, dikelilingi staf-staf Melium lain, Ketua Pegawai Operasi, Caroline, Pengurus Perhubungan Awam, Ferhat Nazri-Aziz, Ketua Bahagian Komunikasi, KC Yap dan juga anak gadis Dato’ Farah Khan, Shaan. Seketika kemudian, beliau duduk pula berbincang dengan dua prinsipal daripada YSL yang diterbangkan khas dari negara Perancis untuk majlis ini. Kata Ketua Bahagian Komunikasi Melium, KC Yap yang menemani saya sementara menunggu Dato’ menyudahkan kerjanya, “Hanya dia seorang yang boleh membuatkan mana-mana prinsipal mendengar dan mengikut nasihat serta cara kami bekerja. Terkadang-kadang, sukar nak buat mereka ni ikut cara kita, sebab mereka punya pandangan dan cara sendiri. Hanya Dato’ yang arif mengendalikan.” Terus-terang saya sebenarnya gementar apabila Wirda
menelefon MASA DEPAN FESYEN MALAYSIA Kebetulan, sewaktu saya bertemu Dato’, MiFA baru sahaja beberapa hari berlalu. Dilantik sebagai Ketua Hakim dan salah seorang daripada ahli penasihat kepada MiFA, saya tanya pada beliau tentang pandangan tulusnya mengenai industri fesyen dan pereka tempatan. “Industri fesyen di sini masih membangun, biarpun perlahan berbanding negara-negara lain di Asia. Saya berharap ia bergerak lebih laju sebenarnya, sekurang-kurangnya setara dengan Thailand dan Indonesia. Fesyen pada saya sangat berkait rapat dengan dunia teater dan juga melalui fesyen, setiap individu dapat mengekspresikan perasaan dalaman juga personaliti diri. Maka wajar kita mengembangkan fesyen di sini berdasarkan idea ini. Ia mengenai segalagalanya pada seseorang individu itu. Cara mereka bersiap, solekan dan cara mereka mendandan rambut. To me that’s fashion... Pada anak-anak buah di Melium, saya kerap mengingatkan mereka untuk menghargai tetamu-tetamu saya yang ‘bersiap’ cantik dan anggun untuk ke majlis saya.”
|