APA YANG SEBENARNYA MEMBANTU ANDA AGAR PERKAHWINAN KEKAL BERPANJANGAN? PERKAHWINAN SEBEGINI MERANGKUMI KAREKTORISTIK BAGI MELALUI SEGALA RINTANGAN SEPERTI MENGEMBARA SECARA BERPASANGAN DI LEBUH RAYA KEHIDUPAN. IA TURUT MEMBANTU PASANGAN SUPAYA LEBIH BERSIKAP FLEKSIBEL TERHADAP PERKAHWINAN, KESANGGUPAN UNTUK MENCIPTA KESEIMBANGAN SERTA RUANG PERUBAHAN.

Tip harian, mingguan, bulanan serta tahunan bagi membuktikan cinta anda terhadap si dia. Bagi mengekalkan mahligai perkahwinan anda kekal ke akhir hayat, adalah penting untuk anda meluahkan setiap perasaan yang dirasai secara teratur. Ini bermaksud setiap hari, minggu, bulan juga tahun, ambil beberapa minit atau saat untuk meletakkan pasangan anda terdahulu di senarai keutamaan anda.

HARIAN Luangkan sekurang-kurangnya 10 minit sehari bagi memberi fokus pada satu sama lain tanpa gangguan anak-anak, televisyen ataupun telefon. ● Cumbu pasangan anda di waktu pagi, sebelum meninggalkan rumah, sebelum melelapkan mata di kala malam, dan di waktu-waktu lain sepanjang hari dan malam. ● Ungkapkan ‘Aku cinta pada mu’ pada si dia. Pastikan anda tenung tepat ke mata pasangan tatkala mengucapkan kalimah cinta tersebut dan si dia mendengar apa yang diungkapkan oleh anda. ● Dakap pasangan anda beberapa kali setiap hari. ● Mengiakan setiap kata serta perlakuan si dia sambil ucapkan sesuatu yang muluk. ● Be kind to your spouse. ● Lakukan sesuatu yang romantis pada pasangan anda. ● Usah sekali mengkritik si dia, fizikal mahupun mental. ● Kongsi gelak ketawa bersama. MINGGUAN● Sembunyi beberapa nota cinta yang ditulis buat si dia. ● Lakukan beberapa aktiviti bersama seperti berkebun, menonton filem kegemaran atau bersenam. ● Galakkan diri dan pasangan anda untuk meluangkan masa buat diri. BULANAN● Rancang dan makan malam romantis bersama. TAHUNAN ● Sambut ulang tahun perkahwinan anda. Lakar surat buat si dia sebagai tanda anda terikat kepada perkahwinan. ● Putuskan bersama bagaimana anda bakal menyambut percutian. ● Make a big deal about your birthdays.SECARA AM ● Berkelahi secara adil dan berpada-pada. ● Usah cuba untuk mengubah pasangan anda! Terima si dia dengan seadanya. ● Membuka ruang serta peluang bagi kemaafan. ● Jangan menduga pasangan anda untuk menjadi a mind reader dan usah cuba menjadi a mind reader. ● Mengambil kira untuk menghadiri Minggu Memperkaya Perkahwinan atau bengkel pasangan. ● Menerima dengan tangan terbuka di mana, akan tiba waktunya anda berdua tidak bersetuju dalam sesuatu hal dan mengetahui perkara sedemikian adalah normal dalam perkahwinan yang berjaya.

Artikel selanjutnya sila rujuk majalah