Usah terus mengangkat aturan gaya mengikut musim. Ayuh, melangkah keluar dari dunia rigid dan ekspresikan gaya dengan identitimu yang satu itu. Buat musim luruh, GLAM mencadangkan empat gaya utama yang menongkah arus stail musim luruh. Tidak perlu bergaya dalam rona suram, tidak perlu hadir ke acara mewah dalam busana labuh meliputi badan dan tidak perlu bergaya dalam persalinan polos. Ubah persepsi musim luruh dengan cetusan estetik.
Untuk musim luruh, gaya jalanan yang popular di musim bunga diubah nampak lebih kemas. Tinggalkan gaya jalanan ala-wanita British, sarungkan gaya chic ala-wanita Itali yang tahu bagaimana untuk bergaya dalam stail ropol, berlapis dan berjaket panjang paras lutut. Gaya ala-ketenteraan masih malar mekar di pentas fesyen musim luruh, namun bak kata Marc Jacobs, gaya ketenteraan musim luruh akan lebih romantik dan tidak terlalu edgy seperti di Balmain.
Musim ini semua tertumpu pada koleksi Celine, di bawah pengarah kreatif baru, Phoebe Philo yang memberikan erti baru
dalam persalinan senang untuk digayakan. Cadangan Philo ini menzahirkan gaya unik minimalis. Anne Slowey, pengkritik fesyen berkata buat musim ini kita dapat lihat semua rumah fesyen mempunyai dua idea yang dicantumkan menjadi satu – gaya wanita bekerjaya dan wanita hidup dalam dunia mewah. Namun, pilihan adalah di tangan wanita itu sendiri, tidak perlu tipu diri untuk tampil bergaya. Gaya peribadi anda pasti tidak dimakan zaman.
|
| |
| |
| *Artikel penuh dalam GLAM September. |
 |