MINGGU FESYEN LONDON
GLAM KE MINGGU FESYEN LONDON BERSAMA MIFA! DI SAMPING MENJENGUK ILHAM SEGAR PEREKA-PEREKA SANA, KAMI TURUT MEMENUHI BARIS DEPAN BURBERRY SELAIN KE PERTUNJUKAN BERNARD CHANDRAN YANG KINI DILAPORKAN ANTARA PEREKA PALING HANGAT DIPERKATAKAN DI LONDON!
 

Minggu Fesyen London (LFW) masyhur sebagai gelanggang pereka baru bersaing idea bagi menempa nama, memaparkan inovasi seni reka. GLAM ke sana bagi merasai sendiri kehangatan adrenalin pereka-pereka muda dengan pelbagai gelagat fesyen dan gaya. Bertempat di Somerset House, rata rata pertunjukan berlangsung di sana. Khemah besar dinaikkan di bahagian tengah manakala kawasan dalam bangunan menempatkan pameran himpunan terbaru pereka khususnya yang menampilkan ciptaan aksesori seperti kasut, beg, perhiasan gerek malah topi.

London, kota fesyen yang melahirkan punk serta princess, sumber kepada seribu satu idea baru. Meski minggu fesyennya tidak memiliki profil segah Paris atau Milan, namun ia jauh lebih playful dari Milan, lebih bersahaja berbanding Paris dan tentu sekali jauh lebih eksperimental dari New York. Sepanduk Topshop bertebaran menandakan ia sebagai salah satu penaja terbesar tahun ini. Jelas sekali visi London sebagai pusat kebangkitan bakat fesyen yang mana ahli alumninya terdiri daripada John Galliano hingga ke Alexander McQueen.

Bercakap mengenai pereka legenda berkenaan, sangkaan saya Minggu Fesyen London tahun ini mungkin agak kelam akibat kematian mengejut Alexander McQueen. Malah, ramai teman-teman dari industri fesyen London meluahkan rasa kecewa mereka mengenai berita sedih berkenaan. Walau bagaimanapun, dunia fesyen terus mengambil pendekatan optimis lantas merai kreativitinya melalui pelbagai ragam penghormatan. Di mana-mana, gedung fesyen serta kawasan sekitar Minggu Fesyen London melakukan tribute khas buat mendiang Alexander McQueen. Harvey Nichols contohnya mempamerkan window display istimewa yang memaparkan foto lama serta ilham ikonik McQueen. Kunjungan kami ke Muzium V&A turut menjadikan dress bercorak grafik daripada koleksi terakhir legenda fesyen berkenaan sebagai salah satu bahan pamer utama.

 
 
*Artikel penuh dalam GLAM September.
 
Ayuh, raikan suasana musim luruh cara GLAM.
             
 
 
Lebih labuh menurut tubuh, palet neutral mendominasi.
 
 
   
 
 
       
Keahlian | Hubungi Kami Hak Cipta Terpelihara © 2009 Bluinc Media
 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------