SEPERTI YANG DICERITAKAN KEPADA AISHAH
 

Jam sudah menunjukkan angka tiga pagi. Datin Zezee masih belum mahu pulang. Kelab tempat dia dan rakan-rakannya meraikan hari jadi temannya sudah pun menutup sebelah pintu… tetapi bini-bini dan laki-laki orang yang berada di situ masih merasakan hari masih siang. “The night is still young tauke,” pekik Isma pada si tauke. “Tapi saya mesti tutup ini pintu… “More drink,” pekik Jeffry. “Bos… mahu tutup sekarang, tak ada orang nak serve lagi. Tengok semua orang sudah pulang.” Dan masing-masing terhoyong-hayang, membebel-bebel meninggalkan kelab itu… “ Let’s go back to my hotel,” jerit pula Datin Inna, yang kebetulan terbang ke ibu kota.” Tapi you all kena excuse me la… my room, junior suite sahaja.” “No problem, the night is still young. What’s a stupid club, pukul tiga sudah hendak tutup, orang nak sambut birthday pun tak boleh?”

Birthday, public holiday, oh ‘Saturday’, Sunday, Monday ya, kalau boleh setiap hari dan ‘all kinds of anniversary’ Datin Zezee mahu meraikan. Dia sudah gila berparti, tak kiralah hari apa dan di mana. Anak dan suami bagaimana? Lupakan seketika hal suami, sebab suami pula ada agenda lain, dan dua anaknya yang di rumah? “Dia orang masih kecil, faham parents mereka sibuk, lagipun apa gunanya pembantu rumah kalau tidak boleh jaga anak! “Saya ada dua maid…” katanya pada sepupunya yang cuba menegur. You all ingat I berparti itu untuk apa?” I kena jaga hati pelanggan tau, bisnes hari ini kalau kita tak layan mereka, mereka cabut lari… kita kena pandai handle client, drink with them often supaya mereka terus buat bisnes dengan kita.” Itulah alasan Datin Zezee tetapi yang sebenarnya dia sentiasa mencari alasan untuk berparti; tidak kisahlah orang yang mengajak dia itu kawan atas kawan atau so called pelanggan atau client yang kecil-kecilan. Yang penting dia kemaruk parti, sebab kemaruk champagne, dan tak dapat champagne, wine atau bir. Selagi dia tidak teguk, selagi itu dia rasa hari atau minggunya tak complete. Dulu sebulan sekali dua sahaja tetapi bila kawan-kawan sudah ramai, dan sudah tidak berapa pilih kawan, Datin Zezee bertambah kerap keluar. Kalau semua sibuk, dia mulalah tarik adiknya atau staff nya… alasan pada staff , “ kalau I tak buat begini, bisnes kita lingkup. Kita kena be kind to our client…” Sekali, dua, tiga, atau empat kali, tetapi kadang-kadang tidak logik. Kenapa tidak lunch sahaja atau tea, mengapa ke kelab? Kenapa asyik-asyik pelanggan yang sama? Atau dengan kawan-kawan… yang rata-rata tiada kaitan dengan bisnesnya. Lagipun ape ke bisnesnya, cuma diberikan jawatan share holder syarikat suaminya.

Siapa Datin Zezee? Bukan nama sebenar, tetapi memulakan kerjayanya sebagai pegawai pelancongan dan bertemu Datuk Z, seorang hartanah. Dia asalnya isteri ketiga, kemudian jadi isteri kedua, kemudian dua-dua bini sudah diceraikan laki, jadilah dia isteri pertama. Okey, pegawai pelancong kemudian jadi bos di sebuah syarikat di mana suaminya ada syer. Untung dia, bukan sahaja jadi bos, tapi Datin beb! ini yang dia selalu inginkan. Katanya, sepupunya yang sebaya sudah menjadi Datin, mana boleh dia tidak berDatin? Lagipun mereka ini rapat. Mereka tidak kejar budak muda tetapi orang tua, sebab orang muda lambat kaya, buru Datuk aje, mereka bukan sahaja berduit tetapi penyayang.

 
*Artikel penuh dalam GLAM September.
 
 
 
 
     
     
GLAM ke Minggu Fesyen London bersama MIFA!
         
     
Inspirasi santai juga dramatik diolah sarat glamor kali ini.
         
     
Perhubungan awam bukan sahaja bakatnya tetapi menjadi ikhtisasnya.
         
     
Hasil buatan yang kompleks tetapi memperkayakan pusaka bumi.
         
 
.................................................................
 
   
       
Keahlian | Hubungi Kami Hak Cipta Terpelihara © 2009 Bluinc Media
 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------