Sukar untuk memilih tatarias terhebat atau tercantik musim ini, bila memikirkan sekumpulan
artis berbakat jerih di balik tabir mencipta serta menggembleng idea juga teknik dalam menyempurnakan sentuhan terakhir bagi setiap
himpunan. Rata-rata memberi inspirasi segar berasaskan ideologi glamor. Yang pastinya aura ikonik Kate Moss sering berlegar sebagai rujukan buat kebanyakan rumah fesyen kontemporari. Jelas Sam McKnight, “Stail Kate Moss wujud lebih 20 tahun, sedikit sebanyak ia sudah berkembang menjadi klasik.” Daripada label Marc Jacobs yang mengilhami slept-in makeup, ke stail 90-an grunge di Alexander Wang dan Zero + Maria Cornejo. Gucci Westman yang mengepalai di Rag and Bone pula mengakui solekan bedroom eyes diambil daripada gaya ikonik rolled-out-of-bed Moss sekitar 90-an. Berlainan pula di Jill Stuart yang menata rambut ala imej-imej kandid popular Kate Moss usai meninggalkan parti, malah kini pada usia 36-nya. Moss yang terkenal bijak membawa variasi personaliti penuh yakin ketika di runway atau penggambaran diangkat sebagai idola cantik, simply because she is charming but certainly isn’t perfect. Dan itu adalah kunci bagi hampir kesemua label musim luruh ini, glamor bersahaja. Bak kata Stephane Marais, “If everything is to perfect you lose the humanity and the sensuality.” GLAM membawakan analisis tatarias cantik serta trend yang mendominasi pentas runway di kota fesyen gemilang London, Paris, Milan dan New york.
NEO SATIN “Moden minimalis,” laung Pat
McGrath. Terma yang hadir bersama hasil bold tetapi dengan penataan ringkas. Stail smokey musim ini ditata lebih mudah juga berwarna, meninggalkan teknik adunan kompleks kuno lepas. Hitam masih dikekalkan seperti di Zac Posen, Chloe, Lanvin dan Carolina Herrera tetapi ia ditata lebih bersahaja bak dilumur spontan pada kelopak tanpa perincian ketara. Sebaliknya solekan hitam berevolusi kepada lukisan eksperimental yang ditata unik di Chanel, Giambattisa Valli dan Jeremy Scott. Nuansa puitis lagi romantik mengambil alih takhta rona hitam, buat efek smokey. Diadun bersama sedikit highlighter buat memfokuskan lagi teksturnya pada, biru denim, gangsa, perak dan taupe antara warna yang mengungguli. Sentuhan magis disimpul elemen edgy ini dilihat antaranya di pentas Derek Lam, Valentino, BluGirl dan Diane von Furstenberg. |