Selepas merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia yang lalu, populariti Eja terus melonjak sehingga mendapat tawaran tiga hingga empat filem sebulan. Pemilihan karya bagi Eja mestilah diselit elemen kebajikan, nilai murni dan memberi inspirasi bukanlah hiburan semata-mata. Eja hanya bergantung pada media bagi menterjemahkan karakter serta menyemarakkan namanya dalam dunia seni, tiada Facebook atau Twitter personal untuk berkongsi dirinya dengan peminat, jadi bila ada yang sanggup bersusah mencari medium menghubungi Eja menitip pengalaman menonton karyanya atau sekadar mengucap tahniah, she would be beyond flattered, itu tanda sukses lakonannya.
“Mahu capai itu dan ini, mujur suami sangat menyokong kerjaya saya. Dalam arena seni ini tiada tolak ansur, komitmen harus 100 peratus jadi kerana itu, saya tak bersedia menimang cahaya mata, sampai ada cakap-cakap yang saya ni mandul!” 
“Senang sahaja mahu tarik perhatian saya membeli, kalau setiap kali ada koleksi baru yang merai palet merah pasti saya terus menuju ke butik. Chanel, Tod’s dan Gucci juga label kegemaran, rata-rata pembelian berkisar antara sepatu flats, kaca mata, kasut tumit tinggi dan tas tangan.”
“Tetapi saya kira semua orang dalam industri tahu, but I am a serious, heavy drama actor dan saya selesa dilabel begitu. Selama 15 tahun bergiat, bukan beratus-ratus telesiri atau puluhan filem yang dikejar. Saya tak tamak, kualiti lebih penting bukan kuantiti.”







