Walaupun bergelar peguam, Sherliza Samantha Aslie sentiasa tampil bergaya. Bukan setakat berpakaian, Sherliza juga bersemangat bila berbicara soal barang kemas dan aksesori, apatah lagi dia memang obsess dengan barangan hiasan diri. Sewaktu penggambaran, Sherliza ditemani dengan kotak-kotak aksesori simpanannya. Daripada koleksi hairband motif bold Sereni & Shentel hingga ke gaya bohemian House of Harlow dan koleksi klasik mutiara. Khidmatnya sebagai peguam di bank tempatan juga mengkehendaki Sherliza kerap menghadiri majlismajlis korporat, skirt high waisted selalu menjadi pilihannya manakala skirt maksi pula penemannya di hari minggu. Febbi Fillow, Olivia Theykens dan Ricardo Richie antara pereka fesyen kegemarannya dan Sherliza cukup menggemari stail sublte Nicole Richie, Rachel Zoe, Kate Moss serta Leigh Lezark.
KAFTAN REKAAN SYAIFUL BAHARIM ANTARA PILIHAN SHERLIZA.
SKIRT PLEATS NURITA HARITH DIGAYAKAN SEWAKTU MENGHADIRI MAJLIS HARI LAHIR SAHABAT KARIB.
BEG PROENZA SCHOULER YANG DIBELI DI LAMAN WEB NET-O-PORTAL.
KASUT BERCORAK HARIMAU BINTANG DARIPADA JIMMY CHOO.
RANTAI DARIPADA PERTE YANG DIREKA KHAS UNTUK SHERLIZA SERING DIGAYAKAN KE MAJLIS ISTIMEWA.
ANTARA KOLEKSI AKSESORI RAMBUT YANG DIMILIKI SHERLIZA.
ANTARA KOSMETIK WAJIB PAKAI SEBELUM KELUAR RUMAH.
KOLEKSI AKSESORI WAJIB SHERLIZA DARIPADA SERENI & SHENTEL.
Ketahui 10 lagi barangan menarik koleksi Sherliza dalam GLAM Jun ini.













