Carmen Soo: The Alpha Woman

Sudah beberapa tahun GLAM cuba memaparkan Carmen Soo di wajah depan juga dalam barisan wanita Most GLAM. Tetapi jadual ketatnya sentiasa tak punya ruang untuk kami. Jadi bila khabar dramatis ini pulang berehat ke tanah air terbang ke GLAM, terus Carmen dihubungi. Dan ternyata, model kelahiran Ipoh masih manis malah rendah diri (hadir tanpa pemandu atau pembantu peribadi), walau di set penggambaran seluruh krew bercanda tentang fenomena suksesnya di Filipina. Genap usia 35 tahun, Carmen akur tiba masa mula mencari serius teman sehidup semati. Luah aktres ini, kerana asyik menumpukan pada kerjaya sehingga dia terlepas pandang untuk membina cereka cinta sendiri. Kriteria arjuna idamannya mesti mahu menimang cahaya mata serta bijak menjaga Carmen dan tidak merokok!  

“Di sana mereka menggelar saya aktres Malaysia pertama menembusi televisyen Filipina. Saya tak tetapkan sangat masa berada di setiap negara, jika ke Manila dua bulan, ejen di sana akan cari projek mengikut durasi itu.”

 

      “Malaysia sentiasa rumah saya, jadi bila semua beranggapan saya sudah bermastautin di Manila, tawaran berlakon mula berkurangan. I cannot lose Malaysia!

Ikuti sambungan kisah aktres jelita ini dalam GLAM Jun ini. Dapatkan di pasaran sekarang.

About Glam

http://www.glam.com.my

Speak Your Mind

*

Other BluInc Magazine Titles