Tahun 1993 membuka lembaran baru apabila dia berjaya meraih kejayaan di dalam rancangan Asia Bagus di Jepun. Personaliti dan raut wajah yang ceria menjadikan Amy Mastura bintang yang amat disenangi ramai.
Duta kepada jenama kecantikan Kose ini dilahirkan pada 10 Mei 1971.
Selain menyanyi, Amy Mastura juga terkenal sebagai pelakon filem komedi romantik. Popularitinya sebagai pelakon memuncak sewaktu membintangi filem Puteri Impian.
Pernah dinobatkan sebagai Penyanyi Wanita Popular 1995 dan berduet dengan penyanyi Tommy Page untuk lagu The Best Part.







