
Balenciaga
Cetakan floral tote kulit daripada Balenciaga ini membiaskan imej unik apabila digayakan. Dengan kemasan poket kecil berzip di bahagian depan, ia turut didatangkan bersama cermin bimbit rekaan serupa.

Fendi
Gayakan beg Chameleon tekstur kulit daripada Fendi ini ke aktiviti membeli belah. Diperincikan dengan ruang berzip di bahagian dalam dan tidak ketinggalan kemasan logam pereka di bahagian pemegang pasti menyerlahkan lagi gaya mewah anda.

Giorgio Armani
Tampil elegen dengan clutch rona putih perincian sisik ular ini. Koleksi daripada Giorgio Armani ini sangat anggun digayakan bersama dress kesayangan.

Hermes
Jam tangan analog dengan strap kulit rona hitam ini tampak mewah dengan limpahan butiran berlian di keseluruhan permukaan. Sesuai digayakan ke pejabat dan acara-acara rasmi.

Jimmy Choo
Klac Chandra bermaterial kulit anak lembu daripada Jimmy Choo ini menampilkan ciri kemasan rantai kancing rona keemasan di bahagian depan. Rekaan anyaman keseluruhan klac ini menonjolkan gaya sofistikated buat wanita yang ingin tampil mewah.

Marc by Marc Jacobs
Ballet pump kulit kombinasi rona hitam dan coklat daripada Marc Jacobs ini menampilkan rekaan berbentuk bulat di bahagian hadapan. Kelainan turut ditampilkan dengan perincian anyaman selain mempunyai tumit kecil.

Raoul
Sandal multistrap daripada Raoul ini pasti menyerlahkan imej girly si gadis. Dengan rona pink, ia padanan sesuai bersama skinny jean mahupun skirt.

Tod’s
Sepatu Gommino daripada Tod’s ini punya aura sporty untuk digayakan. Bermotifkan cetakan kulit ular sawa, buatan sepatu ini tampak kemas dan ekslusif untuk disuai padan.

Versace
Buat fesyenista, sudah pasti jam tangan chronograph ini mencuri perhatian dengan kombinasi warna kuning dan biru. Kemasan permata di sekeliling permukaan jam juga memberikan imej mewah dan feminin buat si pemakai.
Produk Mesti Ada May 2012
Filed Under: Slider
About Glam
http://www.glam.com.my




