20 Pesona India

Dengan kecantikan ‘eksotik’ yang dimiliki, mereka cukup disenangi. Personaliti pilihan GLAM kali ini amat memikat hati dan memiliki aura tersendiri.

MALIKA SHERAWAT

Malika muncul ke persada antarabangsa melalui filem The Myth. Kehadirannya di Festival Filem Cannes bagi mempromosi filem ini berjaya menarik perhatian Richard Corliss sehingga menggelarnya, ‘The Next Big Thing’. Dia turut dianugerahkan Honorary Citizenship Of Los Angeles di atas kerja-kerja kebajikan dan pencapaian kerjaya.

BIPASHA BASU

Beliau pernah digelar sebagai ‘Sexiest Woman In Asia’ pada 2005 dan 2007 oleh Majalah Eastern Eye dari United Kingdom. Malah Times menyenaraikannya di tempat kelapan dan 13 untuk ‘50 Most Desirable Women’ pada 2011 dan 2012. Bipasha mengakui dia hanya makan buah oren selama tiga hari dan bersenam sebelum melakonkan aksi berbikini untuk filem Dhoom 2.

SHILPA SHETTY

Kontroversi yang melanda siri TV British iaitu Celebrity Big Brother pada 2007 seakan mengundang ‘glamor’ pada selebriti yang berasal dari Mangalore ini. Biarpun aktif dengan aktiviti seni, Shilpa sering terlibat dengan aktiviti kebajikan seperti yang dilakukannya menerusi kerjasama dengan rancangan TV BBC World Service Trust yang membantu masalah HIV-AIDS di India

UJJWALA RAUT

Pemegang gelaran ‘Femina Look Of The Year’ di pertandingan Miss India Femina pada 1996 ini mengatur langkah hebat sehingga berjaya ditempah rumah fesyen adibusana seperti Yves Saint- Laurent, Roberto Cavalli, Hugo Boss, Cynthia Rowley, Diane Von Furstenberg dan Dolce
& Gabbana. Memiliki wajah yang eksotik turut membolehkannya melatari muka depan Vogue, Harper’s Bazaar dan Marie Claire.

AISHWARYA RAI

Sinonim dengan gelaran ‘Wanita Tercantik di Dunia’ menjadikan rezekinya di bidang peragaan terbuka luas sehingga dia berjaya mencipta nama sebagai selebriti terkenal di India dan Barat. Jurucakap L’Oreal dan Longines ini pernah diiktiraf Muzium Madame Tussaud London dan New York apabila patung lilinnya mula dipamerkan semenjak 2004 dan 2007.

About Glam

http://www.glam.com.my

Speak Your Mind

*

Other BluInc Magazine Titles