Glam kali ini membiaskan himpunan beg mesti miliki musim ini berinspirasi seni artisan koleksi daripada Prada, Chanel, Dior, Fendi, Gucci, Yves Saint Laurent, Hermes dan Louis Vuitton.
|
Ilham daripada rona hitam, merah serta emas beg Prada menampilkan gaya klasik 50-an dan membiaskan gaya Sophia Loren, diva dari Itali. Beg Pyramide daripada koleksi 2012 ini diperbuat daripada kulit Saffiano. |
![]() |
![]() |
Tiada yang mampu membiaskan makna sebenar Parisian chic selain Chanel. Gaya segar dan playful mampu ditonjolkan menerusi sentuhan mewah dari Chanel. Rekaan autentik beg Chanel Flap ini berperincian gancu double-C. |
| Sentuhan mewah rona emas! Berinspirasikan gaya hard-edge glamour dengan nuansa 70-an yang chic. Beg kulit buaya Tigrette ini antara koleksi terbaru daripada Gucci. | ![]() |
![]() |
Koleksi dari Hermes berona hijau serta sorakan warna pada skarf antara inspirasi pilihan Glam. Beg ikonik Kelly diperbuat daripada kulit burung unta serta Gancu paladium menjadi pilihan wanita yang menghargai seni artisan. |








