
GLAM isu Mac 2012 mempersembahkan Generation Next 2012 yang menampilkan kombinasi enam orang wanita berbilang karekter dan latar belakang. Gandingan hebat wanita berkarisma ini diadaptasi menerusi himpunan musim bunga / panas 2012 dengan cetusan ilham fesyen 80-an yang dicedok dari kempen kosmetik wajah depan majalah Vogue Eropah sehingga bintang pop Jepun, Seiko Matsuda. Ikuti kisah di sebalik siapa mereka.
Diana Danielle
Pelakon/ Pengacara/ Peragawati
![]() |
Lakonan atau nyanyian? Cinta pertamanya adalah nyanyian dan seni lakonan hadir selepas itu. “It’s my passion, not something I want to make money of. I’m not going fast.” Filem terkini dan watak idaman? Diana merupakan calon favorite U-Wei Haji Saari untuk filem terbarunya, Hanyut. “U-Wei mahu 200 peratus tumpuan dan tenaga dalam watak Nina.” Diana turut mengagumi pelakon Meryl Streep dan mengidamkan peranan ahli politik dan superhero dalam kariernya. |
|
Cinta hati? Diana menggambarkan kekasihnya, Farid Kamil kaki prankster! “Dia ada kuasa magik untuk buat saya benar-benar marah, kemudian beri hadiah atau layanan istimewa yang boleh mencairkan kemarahan saya serta merta.” |
|
Alia Alizar
Pengusaha Fesyen
|
Obsesi Dalam Fesyen Kesibukan kerja membuatkan pemilik Yadotsa dan graduan American InterContinental University ini sering kelihatan tergesa-gesa. “I do think too much.Saya suka menstrukturkan elemen-elemen ringkas menjadi ciptaan bizarre. Kadang kala ilham itu berlegar terlalu lama dalam otak dan melambatkan kerja saya.” Label Fesyen Sendiri Kini selepas dua tahun dia dan rakan kongsi berjaya melahirkan empat konsep label, Ya.Sa, YDS24, Yadotsa dan Yadotsa Limited. “Bila Nasha Alyssa (rakan kongsi) setuju untuk membina Yadotsa, saya terbang semula ke London untuk menyertai kursus pendek Draping and Fashion Business di London College of Fashion.”
|
![]() |
|
Idola Fesyen
“Stella McCartney genius dalam potongan minimalis. Fantasi saya menggambarkan himpunan magnetic sarat tekstur dan kontur eksotik dengan pereka sepatu, Nicholas Kirkwood!” |
|
Fiona Onn
Pemasaran dan Perhubungan Awam
![]() |
Memilih Kuala Lumpur “Ramai yang memilih ke Hong Kong dan Singapura, but why not K.L? Kita punya potensi, Cuma mungkin seleksi produk yang dibawa masuk tidak menarik.” Pengalaman Berdikari Menetap lama di England dan pernah belajar Mandarin di Beijing Language and Culture University. “Pada tahun 2009, ketika itu kegawatan ekonomi, saya tiba di Beijing berseorangan dan langsung tak tahu bertutur bahasa mereka. But I survived! |
|
Cita-cita Idaman “It’s always to be a fashion buyer. Fiona mengimpikan melewati minggu-minggu fesyen dan memilih daripada helaian-helaian terhebat. Dia turut mengakui obses dengan Marc Jacobs dan Matthew Williamson. |
|
Nadiya Nisaa
Pelakon
|
Anugerah dan Pencapaian Merangkul dua anugerah dalam masa dua minggu- Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2011 dan Pelakon Harapan Wanita Festival Filem Malaysia ke-24. Pengalaman Unik dalam Industri Hiburan “Bekerja di bawah arahan Chris Chong untuk filem Karaoke adalah pengalaman paling unik kerana file mini sudah mengembara dunia antaranya Toronto, Argentina, London, Kanada dan Vienna. |
![]() |
|
Rekaan Pilihan
Nadiya tampil bersama busana elegan chic rekaan Nurita Harith pada malam anugerah FFM24. “Jika saya hanya ada satu item untuk disarung buat selamanya, gaun jalur pancawarna Marc by Marc Jacobs musim bunga 2011 jadi pilihan. I’m quite bohemian.” |
|
Aisyah Yusof
Eksekutif Perhubungan Awam
![]() |
Minat dan Kerjaya Gadis ceria dan berperwatakan positif ini gemar menulis selain bermatlamat jangka panjang untuk menyertai Badan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) untuk menyumbang tenaga dan ilmu buat mereka yang serba kekurangan. Fesyen di mata Aisyah Gemarkan sesuatu yang ceria dengan blok warna meriah. “I would never wear black.” Aisyah turut mengagumi cita rasa dan stail mendiang Puteri Diana. “What’s not to love about her? From her glamourous gowns to her fabulous hats, Princess Diana was the epitome of chic!” |
|
Yang Diingini Dalam Hidup
“Terlalu banyak yang masih saya ingin pelajari terutamanya dalam kerjaya. Saya ingin memperbaiki diri dan jadi lebih berguna buat agama, dan bangsa. Malah, saya kepingin sekali ke India untuk melihat sendiri keagungan istana cinta, Taj Mahal” |
|
Natasha Seatter
Pelumba Sukan Bermotor
|
Kerjaya Sebagai Pelumba
Asalnya secara suka-suka, dia akhirnya terpilih mewakili negara ke Perlumbaan Antarabangsa Biland 250CC Kart di Dubai. Natasha kini salah seorang pemandu wanita termuda di kejohanan lumba kereta BMW. Aktiviti Selain Memandu Selain sibuk dengan sukan lumba kereta, Natasha tekad mengambil lesen private pilot di Subang dan mengakui seronok mengemudi helikopter. |
![]() |
|
Pilhan Fesyen
Dengan susuk tubuh yang tinggi lampai, helaian Helmut Lang dan Gucci tampak sesuai untuknya. Dia gemar menggayakan gaya adrogini dan tidak terlalu girly. |
|










