Bertemu sewaktu mereka berkhidmat dalam dunia peruncitan fesyen yang sama, dua wanita ini masih lagi bersama merealisasikan impian mereka sehingga hari ini. Ruangan santai kali ini, Glam menjenguk dua pereka fesyen , Sasha Rowena dan Aida Adnan yang menjadi tulang belakang Welian & Dash.

Welian & Dash merupakan koleksi hebat yang menjadi perbulan ramai kala majlis fesyen MIFW olahan dua sahabat baik, Sasha Rowena dan Aida Adnan. Buat pertama kalinya enam koleksi rekaan mereka berjudul ‘Egyption Sunset’ dipertontonkan kepada umum sewaktu pentas minggu fesyen MIFW lalu. Sasha Rowena menjelaskan bahawa mereka sudah lama menghasilkan idea koleksi pakaian berkonsepkan high street tambahan lagi masing-masing berkhidmat di bawah satu bumbung dalam syarikat retail terkemuka di Kuala Lumpur.
Memutuskan untuk berhenti kerja pada 2009, Sasha membuat keputusan untuk tampil dengan rangkaian beg tangan sendiri dan kebetulan pada waktu itu Aida Adnan hamil anak kedua. Hasrat Sasha untuk mengeluarkan koleksi jenama pakaian sendiri terpendam seketika kerana begitu fokus dengan rangkaian beg tangan Sasha Rowena. Dalam hanya satu tahun saja jenama beg tangan Sasha Rowena menjadi begitu popular dan mendapat banyak permintaan, baik untuk pasaran tempatan mahupun antarabangsa.
Ramai yang tertanya-tanya bagaimana terciptanya nama Welian & Dash. Dua pereka fesyen ini mahukan sesuatu kelainan dan mempunyai identiti tersendiri, maka, lablel Welian & Dash terhasil daripada kombinasi nama tengah Sasha Rowena dan Aida Suliani. Sememangnya kejayaan mereka sebagai pereka fesyen cukup membanggakan.
Jangan lupa dapatkan Glam Feburari 2012 kerana Sasha dan Aida membicarakan lebih mendalam lagi mengenai koleksi sulung Welian &Dash yang dijangka dilancarkan pada Mac ini!










