Raja Sheena Frida

Usahanya untuk mecipta nama di dalam dunia fesyen tidak pernah henti. Dia sanggup menghabiskan masa bercuti lama untuk menghasilkan label jenamanya sendiri selepas kecundang dengan lamaran oleh sebuah syarikat retail terkemuka tempatan yang hanya sempat bertahan selama enam bulan. Berlatar belakangkan pendidikan dari bidang fesyen, sememangnya anak saudara kepada Sultan Selangor ini cukup bijak bergaya. Gemar dengan aksesori bling-bling, Sheena mendefinasikan gayanya sebagai classy dan feminin.

“Fesyen tetap menjadi tunggak utama karier. Saya masih dalam fasa mengumpul idea dan inspirasi, mungkin suatu hari nanti saya bakal melancarkan label fesyen sendiri,” jelas Sheena. Ayuh, lihat koleksi barang Raja Sheena Frida!

Dress labuh Marchesa ini dibeli di Asseanna KLCC. Dipakai sewaktu menyambut ulang tahun bondanya tahun lalu.

Gelang tangan dari Hermes ini pemberian teman istimewa Sheena ketika hari jadinya.

Tas tangan rona lembut, Salvatore Ferragamore pemberian hadiah hari jadi dari kekasih.

Sepatu tinggi in dibeli di London. Oleh kerana sekuinnya dalam pelbagai warna membrei keunikan dan tarikan untuk Sheena membelinya.

Koleksi terbaru tas tangan Sheena daripada Dolce & Gabanna dibeli ketika di London baru-baru ini.

Sheena selalunya akan memilih rona sepatu nude ataupun hitam kerana ia sesuai dipadankan bersama pakaian.

Top longgar antara gaya kasual Sheena dipadankan bersama celana denim.

Rantai leher inspirasi vintaj ini daripada butik Tri-Os.

About Glam

http://www.glam.com.my

Speak Your Mind

*

Other BluInc Magazine Titles