Perisai Suria

Kepentingan melindungi kulit daripada sinaran UV sememangnya perlu dititik beratkan kerana cahaya matahari merupakan sumber prima penuaan. Lindungi kulit dengan bedak formulasi SPF. Tetapi ia tidak bermakna pemakaian sunblock pada kulit perlu diabaikan. Ruangan GLAM cantik kali ini memaparkan produk-produk terkenal yang dapat membantu melindungi kulit dari sinaran UV.

 

Glimpse Mineral Treatment SPF25/ PA+++, RM 160

Produk perlindungan bedak mineral ini merupakan bebas kimia, toksin, zink oksida dan botani. Formula campuran tiga mineral asli memberi liputan natural disamping menyingkirkan garis halus dan pori-pori.


 
Dior Capture Totale Compact Foundation SPF20/PA+++, RM 235

Bukan sahaja dapat melindungi kulit dari sinaran suria, gabungan serum dan mekap mampu mengaktifkan sel muda. Ia sesuai bagi kulit sensitif dan kering. Litupan menyeluruh mampu menyembunyikan kesan kemerahan dan garis halus secara natural.


 
Artistry Youth Effect Crème Compact Foundation SPF20/PA+++, RM177

Gabungan ringan formula Liposome, mentega syea dan vitamin mampu merangsang daya pulih semula jadi sel kulit. Dengan adanya Youth Effect Pigments, ia dapat memberi liputan resolusi tinggi disamping dapat memberi perlindungan daripada sinaran UV.

 

Bagaimana pula produk bagi kulit yang berminyak dan ton warna tidak sekata? Jangan lupa dapatkan GLAM Januari 2012 untuk membaca artikel ini selanjutnya!

About Glam

http://www.glam.com.my

Speak Your Mind

*

Other BluInc Magazine Titles