Pasangan Romantik Di Layar Perak

Hidupnya sebuah ceritera adalah keserasian antara pelakon membawakan sesuatu watak. Keserasian ini juga membawa penonton terbuai dalam khayalan romantis yang memberi impak hebat kepada siapa saja yang menontonnya. Siapakah pasangan yang berjaya menghidupkan pesona cinta mereka di layar perak? Ayuh lihat!

Datuk M.Nasir & Datin Seri Tiara Jacquelina, Puteri Gunung Ledang

Cinta agung Hang Tuah terhadap Gustri Putri Retno tersekat di atas dasar taat setianya kepada Sultan Melaka, Sultan Mahmud Shah. Dan kerana cinta agung itu juga Gustri Puteri sanggup mengenakan syarat luar biasa sehingga mengorbankan anak sultan. Hebatnya jalan cerita Puteri Gunung Ledang tidak terhasil tanpa gandingan M.Nasir dan Tiara Jacquelina yang memberi keindahan cinta mereka di layar perak.

Robert Pattinson & Kristen Stewart, Twilight

Inilah dinamakan cinta lokasi! Siri Twilight yang diadaptasi dari novel ini bermulanya bibit-bibit percintaan antara Robert dan Kristen. Kerana percintaan mereka diluar lokasi ini jugalah menjadikan filem Twilight sebagai filem yang begitu romantis dan sweet. Tidak hairanlah pasangan serasi ini memenangi ‘Best Kiss’ untuk dua tahun berturut-turut di MTV Movie Adwars!

Tom Hanks and Meg Ryan, Sleepless in Seattle

Akibat kehilangan seorang ibu yang menghidap kanser, Jonah anak lelaki Sam mahu melihat bapanya gembira dan disebabkan itu jugalah dia menelefon program radio untuk menjodohkan bapanya dengan ibu baru. Ternyata, cinta berjaya menyatukan mereka walaupun berada di dua daerah yang berbeza. Hanks dan Ryan merupakan pilihan yang tepat digandingkan bersama. Chemistry di dalam Sleepless in Seattle memang membuahkan hasil apabila kedua-duanya menerima anugerah Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik di 51st Golden Globe Awards.

Brad Pitt & Angelina Jolie, Mr. & Mrs Smith

Gandingan Brad Pitt dan Angelina Jolie sebagai sepasangn suami isteri cukup serasi dengan pelbagai aksi hebat! Aksi mereka lebih menyengat pabila mengetahui rahsia masing-masing dan ingin membunuh sesama sendiri. Jalan ceritanya yang menarik ditambahkan pula gandingan mereka yang nampak begitu seronok dan secocok di skrin. Cukup sempurna!

Shah Rukh Khan & Kajol, Kuch Kuch Hota Hai

Filem komedi romantik gandingan Shah Rukh Khan dan Kajol ini sememangya satu gandingan yang tepat! Lagak Anjali yang pada mulanya tomboy tetapi berubah penampilan kerana cintanya terhadap Rahul. Cerita ini memberi impak yang hebat dan kerana kehebatan keserasian mereka jugalah Shah Rukh Khan dan Kajol diberi gelaran ‘Golden Couple in Bollywood’.

About Glam

http://www.glam.com.my

Speak Your Mind

*