Musim bunga sememangnya mengambarkan suasana yang menyegarkan. Seperti musim luruh yang lalu, ia lebih menekankan rona-rona kelam dan misteri tetapi berlainan pula musim bunga 2012 kali ini. Penggunaa rona lebih kepada sorbet seperti biru awan hingga ke hijau pudina. Jika dahulunya pereka fesyen gemar menggunakan nuansa menjerit, kali ini, rona lembut memulakan tahun 2012 agar wanita tampil lebih feminin. Ruangan nota fesyen kali ini memaparkan dua sorakan warna di musim bunga.
Pastel Menawan
Bagi wanita yang inginkan cita rasa elegan, rona pastel adalah pilihan yang tepat kerana mampu membiaskan aura feminin. Nikki Pennie, seorang penata gaya buat selebriti seperti Kate Middleton dan Madonna, berpendapat pemilihan rona pastel sememangnya mampu menjadi trend popular buat musim bunga. Katanya lagi, pemilihan fabrik yang betul sangat penting bagi mengelakkan padanan tampak murah dalam rona pastel lembut.
![]() Brooklyn Decker, TONY BIRCH |
![]() ARMAND NICOLET |
![]() BALENCIAGA |
|
![]() EMPORIO ARMANI |
![]() Flecity Jones, PROENZA SHOULDER |
![]() ETRO |
Putih Bersih
Sedap mata memandang kala melihat rona putih. Meskipun putih merupaka rona yang tampak polos dan kosong, ia masih menjadi pilihan dikalangan pereka fesyen untuk memberi keseimbangan pada seluruh koleksi. Rantai dempak mampu melengkapkan gaya putih seluruh busana. Pengarah Kreatif Calvin Klein, Francisco Costa mendefinasikan stail di dalam rona putih sebagai satu uniform fesyen mesti ada. Bukan sahaja memuaskan selera kelompok fesyen yang bergaya minimalis, ia juga memberi satu petanda fesyen buat mereka.
![]() Tilda Swinton, HAIDER ACKERMANN |
![]() FENDI |
![]() FENDI |
|
![]() ROMAIN JEROME |
![]() Elle Fanning, LOUS VUITTON |
![]() FENDI |















