Nora Ariffin

Sudah lama mencipta nama di luar negara dalam bidang pemodelan secara tidak langsung Nora Ariffin digelar supermodel Melayu pertama. Perjalanan kariernya sebagai peragawati selama 27 tahun sememangnya mengagumkan. Lihat saja portfolio beliau yang cukup hebat setanding model-model popular antarabangsa dan dikurniakan wajah eksotik , beliau telah berjaya diterima di runway antarabangsa. Siapa sangka anak kelahiran Singapura ini merupakan model Melayu pertama menghiasi billboard di tengah-tengah kota Times Squeare New York! Pencapaian yang begitu hebat!

Pastikan anda tidak ketinggalan membaca artikel penuh mengenai wanita luar biasa pencapaiannya yang penuh dengan kisah menarik untuk dikongsikan bersama. Sebelum itu, berikut adalah beberapa petikan kata-kata menarik Nora yang turut menjadi sebab mengapa anda harus membaca penuh artikel yang ditulis Min Luna ini!

“Ramai ingat saya sombong padahal saya sederhana saja orangnya. Mungkin sebab saya model dalam industri glamor, jadi pantas saja orang mengadili. Jujurnya, saya amat ringkas dan tidak pernah lupa pada asal usul”

 

“Minggu pertama sahaja, saya sudah dipanggil ke casting oleh Vogue untuk editorial kaki dan stokin. Jurugambar, Guy Bourdin salah seorang panel, saya langsung tak tahu betapa besarnya pengaruh dia ketika itu…”

“Sukar nak digambarkan perasaan melihat billboard Feria terpampang gah setinggi lima tingkat di Times Square dan kempen Allure di badan bas juga perhentian bas sekitar New York. Bangga sekali. Sehingga kini semua itu masih sukar dipercayai.”

About Glam

http://www.glam.com.my

Speak Your Mind

*

Other BluInc Magazine Titles