Bertempat di Zebra Square pada 1 Disember 2011, menyaksikan acara kemuncak Most Glam 2011 yang menampilkan barisan golongan hebat dalam kerjaya. Bukan saja merai Wanita Glamor Malaysia di malam istimewa, malah, turut dimeriahkan dengan barisan 10 Lelaki Paling Bergaya pilihan majalah Glam Lelaki.
Biarpun hujan melanda dan kesesakan lalu lintas di mana-mana, majlis masih berjalan seperti yang dirancangkan. Tetamu yang hadir mengatur langkah ke karpet merah dan masing-masing tidak mahu kalah gaya kala tampil di majlis segah ini. Cukup glam! Sentuhan Nas Great Idea pula menghiasi dewan yang begitu indah pabila dihias dengan props serba putih. Bertemakan ‘Arabian Nights’, khemah , gazebo menghiasi dewan berserta juntaian lampu-lampu gemerlapan ala Morocco.
Tidak lengkap tema ‘Arabian Nights’ malam itu tanpa hiburan. Tetamu dihiburkan dengan tarian gelek yang mengasyikkan sebelum bermulanya majlis. Upacara kemudian diteruskan dengan menampilkan kesemua wanita glamor. Masing-masing mengatur langkah dengan busana hebat. Eja dan Anita Aziz tampil bergaun Dior, Andrea Fonseka dalam dress anggun berlabuci Salvatore Ferragamo, Estee Soo bergemerlapan dalam gaun rekaan Khoon Hooi, Aida Adnan menggoda sekali dalam Herve Leger manakala Fatiha Shariff tampil sofistikated dalam suai padan Dolce & Gabbana.
Bagi memberi gambaran yang sempurna, ayuh lihat gambar sekitar majlis dan video khas di sebalik tabir Most Glam 2011:











