Gaya Fesyen 80-an

Stail yang begitu cool pabila Supermodel terkenal, Nora Ariffin dilontarkan dengan suai padan rojak pelbagai gaya. Ayuh kita lihat aksi Nora mengembalikan semula gaya fesyen 80-an!

Top Bally digabung dengan suede pada hujungnya. Kelihatan begitu santai sekali dengan beg Bally dan skarf Hermes. Gelang daripada Topshop serta subang vintaj lagi gaya.

Baju panas fabrik bercorak kuda belang daripada Michael Kors, seluar renang Bottega Veneta dan skarf Hermes sebagai penghias di kepala. Penampilan lebih menarik dengan rantai kristal Miu Miu, gelang Topshop,subang vintaj berserta topi batik milik penata gaya.

Begitu menggoda dengan baju renang asimetri Hermes dipadankan dengan skirt kulit Miu Miu serta kardigan kashmir Chanel. Gaya tidak lengkap tanpa beg Dior dan subang Louis Vuitton. Cropped tights pula milik penata gaya.

Cukup feminin dengan dress kapas bersulam bunga timbul Prada. Aksesori tali pinggang Hermes dan rantai kristal bersama kuntuman mawar Prada menjadikan gaya lebih menarik. Tidak lupa juga subang dan cropped tights milik penata gaya.

About Glam

http://www.glam.com.my

Speak Your Mind

*

Other BluInc Magazine Titles