Wajahnya masih begitu anggun seperti tak makan dek usia. Tiada Arah Tujuan sememangnya antara lagu popular yang telah menaikkan namanya kala zaman 80-an. Bakatnya dalam bidang seni sentiasa menjadi ingatan. Ayuh, selami perjalanan hidup Datin Sheril Aida sebagai seorang penyanyi.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Menyanyi secara suka-suka bersama abangya, Syed Sobrie, merupakan satu perkara tidak di sangka dan bakatnya yang menarik menjadi perhatian syarikat rakaman SRC. Setelah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Railey Jeffrey, dia mengundurkan diri dari bidang nyanyian tetapi Datin Sheril sempat merakamkan album Tiada Arah Tujuan.
Sememangnya kemunculannya pada zaman 80-an menarik minat ramai. Perjalanannya sebagai anak seni tidak terhenti begitu sahaja kerana pada tahun 2000 dia muncul semula dengan Lagu Cinta Suci ciptaan Ajai yang menaikkan semula nama Sheril Aida. Bukan sahaja gemar menyanyi, dia juga mencuba nasib sebagai pengacara untuk rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1.
Jangan lupa dapatkan Glam Februari 2012 untuk informasi menarik tentang Sheril Aida dan banyak lagi koleksi gambarnya pada zaman 80-an!









