Indah sekali pergerakan liuk lentok tubuh bagaikan seorang puteri yang begitu asyik menari mengikut rentak irama musik. Tidak mampu dibayangkan bagaimana jiwanya jikalau ritma terhenti. Sememangnya menari sudah sebati dengan dirinya. Fokus bulan kali ini mendekati seorang penari Tan Mei Mei. Ikuti kisahnya di sini.
Nilai disiplin dan berdikari membawa diri Mei Mei ke tahap tinggi yang kini sudah menjadi penari senior di Sutera Dance Theatre di bawah bimbingan penari klasik India tersohor, Ramli Ibrahim. Sejak usianya kecil lagi dia diperkenalkan dengan tarian balet dan dari situlah Mei Mei menemui minatnya untuk menari. Biarpum usianya sudah mencecah 32 tahun, disiplin yang tinggi selalu menjadi prinsip dalam hidupnya sehingga kini.
Begitu minat menonton filem Tamil dan Hindi terutama adegan tarian ‘ular’, menjadi satu perkara yang tidak disangka. Ia mendorong Mei Mei untuk memasuki sebuah tarian di Jalan Ipoh iaitu Tanjaikamala Indera Dance School ketika dia masih menuntut di Tingkatan 6, Sekolah Menengah Tinggi Chong Hwa. Dari situlah Mei Mei mengenali tarian klasik india dengan lebih mendalam ketika ke pentas tarian Bharata Natyam.
Antara info menarik tentang Tan Mei Mei dan tarian klasik India:
• Mei mei mengamalkan yoga serta pemakanan seimbang dan sihat kerana badan merupakan aset seorang penari. Tarian boleh ditarikan dengan sempurna sekirannya memiliki tubuh badan yang fit dan kuat.
• Bagi mengelakkan penghidratan, Mei Mei mengamalkan minum air sekurang-kurangnya lapan gelas setiap hari
• Aksesori tarian klasik India mampu mencecah harga ribuan
• Asas tarian balet yang dipelajari Mei Mei sejak kecil, telah banyak membantunya dalam mempelajari seni tarian klasik India.
Banyak lagi kisah seorang penari klasik India berbangsa cina ini tidak diketahui disini. Ikuti kisah selanjutnya dengan membaca artikel penuh hanya di dalam GLAM Januari 2012!









