Farah Azizan, seorang arkitek dan pencinta seni ini mendefinasikan gayanya sebagai eklektik dan relaks. Minatnya terhadap barangan lama tidak menghalang Farah dari mengumpul barangan peninggalan ahli keluarganya. Tidak cukup dengan itu, Farah turut membeli-belah di pasar vintaj ketika menuntut di London. Seorang yang kreatif dan gemar berfesyen, kebanyakan koleksi bajunya direka sendiri kemudian dijahit oleh temannya. Bukan itu sahaja, Farah juga turut mereka sendiri aksesori dan juga tas tangan.
Kata Farah, “Fesyen adalah sebahagian daripada seni dan saya ada passion yang tersendiri. Tetapi tidak sebagai kerjaya, cukup sekadar minat sahaja”. Ayuh kita lihat koleksi vintaj Farah!












