Nostalgia: Ella Si Ratu Rock Malaysia

Norzila binti Hj Aminuddin atau Ella sudah dua dekad berkecimpung dalam dunia seni tetapi auranya masih hebat di pentas. Biarpun sudah lama di dalam dunia seni, personaliti dirinya yang manja dan tubuh kecil molek yang lincah membuat persembahan masih segar di ingatan peminat setianya. Ikuti kisah perjalanan Ratu Rock Malaysia, Ella, hanya disini.

Anak kelahiran Gelugor, Pulau Pinang ini telah dibesarkan di Klang dan memulakan karier awalnya sebagai penyanyi di awal 90-an. Sejak dibangku sekolah lagi beliau sudah aktif di dalam bidang nyanyian. Pada awal kemunculannya, dia telah menganggotai kumpulan The Boys sebelum bergerak solo menerusi album Pengemis Cinta yang telah berjaya menjadi album platinum.

Bakatnya yang cukup besar telah diberikan pingat emas setia mahkota Pahang oleh Tengku Mahkota Pahang pada 30 Mac 2010. Kejayaan penjualan album ELLA 30110 yang dijual sehingga 300,00 unit telah membawanya ke Amerika Syarikat untuk rakaman album ke-5 iaitu ELLA USA. Kejayaan yang dikecapi membolehkan Ella melebarkan sayapnya ke merata tempat di Jepun, Indonesia, Singapura, Brunei, China, Hong Kong dan Amerika Syarikat.

Ingin mengetahui kejayaan Ella merangkul anugerah ‘Malaysia Book of Record’? Jangan lupa dapatkan GLAM Januari 2012 untuk mengetahuinya lebih lanjut!

About Glam

http://www.glam.com.my

Speak Your Mind

*

Other BluInc Magazine Titles