Penulis Aizat Aidid cukup bertuah kerana berpeluang menemubual sendiri Michael Kors seorang pereka fesyen yang terkenal dengan stail American Sportwear. Kunjungan beliau ke kota Kuala Lumpur dibawa bersama legasi sebuah empayar megah yang berdiri selama tiga dekad. Ikuti temubual Aizat bersama Michael, membawa anda mendalami fikiran artisan moden yang berasal dari New York ini.

Sepanjang tiga dekad menyulam seni fesyen antara detik paling bermakna Michael di arena fesyen adalah ketika usianya seawal 21 tahun. Ketika itu, busana ciptaannya menghiasi cermin pameran di Bergdorf Goodman dan 5th Avenue. Begitu besar impak rekaannya. Bukan itu sahaja, malah di usia yang sebegitu muda, Michael dianugerahkan Geoffrey Beene Lifetime oleh Coucil of Fashion Designers of America dan beliau juga merupakan penerima termuda yang dianugerahkan oleh CFDA.
Ditanyakan mengenai gaya wanita sebenar dalam gaya sportware, Michael berpendapat bahawa dress sarat sekuin daripada himpunan musim luruh 2011 merupakan antara contoh terbaik. Ia merupakan satu gaya sportwear hebat kerana busana yang diperbuat daipada fabrik berkualiti tinggi. “The dress must moves when she moves”, kata Kors.
Antara intipati menarik pilihan Michael Kors:
• Utiliti Fesyen: Sememangnya Michael menggemari fabrik rengang yang mempunyai seni teknologi. Disamping memberi keselesaan yang cukup, fabrik ini juga tidak mudah renyuk.
• Aksesori Fesyen: Pereka fesyen terkenal ini lebih menyukai item rona semula jadi atau cetakan kulit buaya.
• Ikon Wanita: Mary J Blige merupakan satu ikon yang cukup sesuai buat jenama ini kerana segala-galanya cukup menggambarkan identiti Michael Kors.
Michael Kors cukup memberi inspirasi kepada penggemar fesyen. Ingin mengetahui dua peragawati yang menjadi simbol jenama kebanggaan New York ini? Dapatkan Glam Januari 2012 untuk membaca artikel ini selanjutnya!







