MAKAN ANGIN: BERCANDA DI HAWAII

Segar mata memandang tatkala menikmati keindahan pantai dan laut nan luas terbentang yang jauh dari kesibukan harian. Selama seminggu Teng Low bercuti di Pulau Hawaii memberi seribu satu kenangan manis untuk dikongsikan bersama Glam untuk entri makan angin kali ini.

Hawaii merupakan senarai tempat peranginan mesti pergi Teng Low dan pilihannya kesana bukanlah atas nama populariti pantai serta kepulauannya, tetapi dia lebih terpegun dengan suasana gaya hidup yang begitu santai jauh dari kesibukan kota. Ajakan teman rapat yang kebetulannya menuntut di sana diterima tanpa ragu-ragu, lantas menempah tiket penerbangan ke Hawaii.


Destinasi penerbangan ke sana mengambil masa lebih 20 jam. Sebagai alternatif mudah, tiada masalah untuk mencuba penerbangan tujuh jam ke Jepun dan seterusnya dari Jepun ke Hawaii yang juga mengambil masa yang sama. Hotel The Modern Honolulu menjadi pilihan Teng dan teman selama tiga malam. Honolulu merupakan destinasi pertama mereka dan di situlah terletaknya pantai Waikiki yang popular dikalangan pemain papan luncur.

 

 

Kapal-kapal layar membarisi pelabuhan Honolulu memberikan panorama cukup indah yang boleh dilihat di sekitar hotel. Mereka mengambil keputusan untuk bersantai di sekitar hotel sahaja dek terlalu penat mengharungi penerbangan yang mengambil masa satu hari.

 

 

 

 

Tanpa membazir masa, Teng dan teman rapatnya meronda-ronda di sekitar bandar Honolulu pada hari kedua. Dengan menaiki bas ‘hop on hop off’, mereka mengelilingi kawasan-kawasan popular. Di sepanjang destinasi , Teng tidak lekang merakam momen-momen menarik di susur keluar jalan kota Honolulu.

Ingin mengetahui apa lagi aktiviti menarik Teng Lok dan temannya? Jangan lupa untuk membaca artikel penuh hanya dalam GLAM Januari 2012!

About Glam

http://www.glam.com.my

Speak Your Mind

*

Other BluInc Magazine Titles