DEEP IN VOUGE

Nuansa hitam yang tidak pernah lapuk dek zaman terus unggul dengan gaya klasik tersendiri. Fesyen Glam kali ini menampilkan  elegan hitam dan putih sebagai pembuka tirai tahun baru!

Gaya bersahaja tetapi cukup untuk menampilkan aura vogue dengan kemeja kapas putih dari Y-3 By Yohji Yamamoto serta gelang tangan kulit Yves Saint Laurent.

Padanan baju kemeja kapas D&G dan subang bulat dempak kedua-duanya daripada M Store ini mampu memberikan impak stailo serta sepatu but Fendi sebagai pelengkap gaya.

Cukup gah dengan jaket singkat berkancing ilham Galliano, HIT Gallery. Cincin Yves Saint Laurent dan topi Y-3 By Yohji Yamamoto, M Store.

Bergaya seperti ratu klasik rock dengan padanan baju-T Louis Vuitton manakala jaket BCBG Max Azria digayakan malas atas bahu. Baju panas bulu biri-biri DKNY diikat pada pinggang. Cermin mata hitam Louis Vuitton, sarung tangan kulit Hermès, but Tod’s dan gelang serta rantai Chanel.

Bagaikan high fashion street style dengan jaket singkat dan cermin mata hitam Louis Vuitton, topi Y-3 By Yohji Yamamoto dan subang hoop dari M Store serta padanan but melewati.

About Glam

http://www.glam.com.my

Speak Your Mind

*

Other BluInc Magazine Titles