Pesta perayaan kini bermula. Pastikan anda memiliki set penjagaan kulit dan haruman segar agar hari terasa lebih ceria! GLAM menghimpunkan seleksi menarik buat mereka yang sukakan kejutan.

Body Shop Born Lippy Fruity Lip Balms RM89
Koleksi kaleidoskop pelembap bibir 10ml dalam lima perisa buah-buahan. Cukup praktikal untuk touch up!

Bvlgari Omnia Crystalline RM230
Set losen badan dan gel mandian yang menjanjikan aroma segar lagi indah kekal berpanjangan.

Elizabeth Arden Holiday Blockbuster 2011 – Deluxe Jewelry Box RM230
Set hebat ini boleh dimiliki dengan pembelian RM150 produk Elizabeth Arden. Perfect buat mereka yang cintakan kosmetik.

Decleor Tonifying Treasure Trove RM283
Antara koleksi perawatan yang mesti ada! Selain berupaya membelai tubuh, teksturnya begitu mesra pada kulit sekaligus mencipta daya segar.

Acca Kappa Travel Set RM159
Kit menarik lengkap dengan set penjagaan oral, pelembap bibir, krim tangan serta sabun untuk mereka yang kerap mengembara.

L’Occitane Stars RM129
Lima produk utama penjagaan kulit yang memberi kelembapan dan kelembutan. Hadir istimewa bersama beg mini bercetak!

Gucci Miniature Set RM193
Khas buat peminat wangian Gucci, set mini empat haruman popular Flora by Gucci EDT, Flora by Gucci EDP, Guilty EDT dan Guilty Intense EDP.

Dior J’Adore EDp Jewel Box 2 RM477
Pewangi signature Dior ini hadir bersama miniatur dan losen badan dalam kotak istimewa. Harumannya mencipta aura sensual.

Clarins Perfect Contour Partner 2011 RM435
Produk penjagaan wajah sempurna yang memfokuskan pada rawatan ketegangan dan kecerahan seri kulit.

RMK Christmas Palette 2011 RM299
Set produk terbaik daripada RMK buat pencinta kosmetik ini hadir istimewa bersama beg kecil rona emas.



