
Balenciaga
Koleksi bag rona hijau pucuk pisang dari Balenciaga ini menyerlahkan gaya si pemakai yang mementingkan gaya anggun dengan rekaannya yg klasik dan sofistikated.

Bally
Bag kulit bahu Christa dari Bally ini adalah inspirasi dari gaya retro yang dihiasi tali rantai emas disulami kombinasi warna blok perang, hitam dan merah.

Chanel
Bertatahkan rekaan indah, memberikan simfoni baru kepada aksesori permata dari koleksi Chanel.

D&G
Satu lagi koleksi jam tangan buat mereka yang sukakan gaya elegan lagi ringkas. Direka dengan nuansa merah jambu, menambahkan lagi daya feminin.

Dior
Hiasan bak butiran mutiara bernuansa perang ini antara aksesori perlu ada untuk dipadankan dengan top polos.

Hautlence
Kombinasi warna putih dan emas, memberikan sentuhan mewah pada pergelangan tangan si pemakai.

Kenzo
Gayakan rekaan rantai unik ini bersama pakaian yang ringkas, tentunya padanan tampil lebih klasik!

Marc Jacobs
Kemerahan warna pada tas tangan ini menyerlahkan gaya mewah disamping memberikan pesona glamor.

Van Cleef
Tambahkan koleksi jam tanganmu dengan aksesori rekaan abstrak flora dan fauna ini. Sekaligus menyerlahkan lagi sisi quirky pemakai.
Produk Mesti Ada
Filed Under: Slider
About Glam
http://www.glam.com.my



