Seperti yang dijanjikan saban tahun, GLAM tidak pernah jemu ‘memburu’ mereka yang menepati ciri-ciri Most GLAM. Berkelambukan suasana Arabian Night, para dewi dihimpunkan. Seterusnya diabdikan bagi menutup tirai 2011 dalam lembaran khas GLAM buat pembaca setia.
Siapakah mereka? Di sini ada sedutannya.

Aishah Sinclair
Pengacara/ Peragawati/ Aktivis
Wanita adalah?
Stronger than they think.
Your best splurge?
Baru sahaja mendaftar dua sesi latihan bersama penulis buku hebat Secrets of the Millionnaire Mind, T. Hurv Eker. Well, luckily it didn’t cost a million!
Destinasi pilihan?
Terkini, Jakarta di mana abang saya, Ashraf tinggal. Kami memang rapat sejak kecil lagi, jadi jika ada masa lapang, pasti terus terbang ke sana. Tambahan pula, anak kami berdua hampir sebaya, I would love for the, to grow up as close as Ashraf and I are.
Shelly Mohammad
Pengurus Pemasaran/ Peragawati
Falsafah hidup?
Happiness is a state of mind, jadi pilihlah kebahagiaan. Senantiasalah memperbaiki dan mempelajari sesuatu yang baru, setiap hari.
Apa yang anda tahu tentang lelaki?
Lelaki tidak akan pernah berjaya membaca fikiran wanita! Jadi saya akan sentiasa berterus-terang tanpa ada agenda tersembunyi.
Pengalaman glamor anda…
Apabila menjadi wajah kempen Hari Ibu untuk sebuah jenama kecantikan. Saya ke pentas bersama anak-anak sambil disaksikan oleh ibu. Biarpun sudah 21 tahun berada dalam industri peragaan, inilah saat yang paling membanggakan!

Adlyn Adelya Adnan
Doktor Kecemasan
Nasihat terbaik pernah diberikan?
Bila mahu lakukan sesuatu, beri 200 peratus komitmen, jika tidak tak perlu langsung mencubanya. Nasihat inilah beri saya keazaman menghabiskan pengajian perubatan dan internship.
Tokoh paling dikagumi?
Sir Alexander Fleming kerana penemuan penisilin, di mana saya rasa membawa perubahan besar juga terpenting pada dunia perubatan.
Era fesyen yang ingin dilawati?
Mungkin 70-an, gerobok helaian ibu saya ketika itu memang menakjubkan. Anda boleh pakai apa saja, tidak seperti kini. You can’t pull off a lot of fashion these days without being judged.

Rozita Ajmain
Pengarah Victoria Capital
Beg kesukaan?
Err…terlalu banyak dan ia berubah mengikut musim. Tapi jika harus memilih, tentunya HERMES Birkin. Doesn’t everyone want one?
Apa yang buat anda teruja?
Fesyen. Juga kadangkala bila menerima pesanan ringkas atau panggilan yang tak dijangka daripada si dia. The thought that I crossed his mind matters.
Perkara paling membanggakan?
Tentunya kedua orang tua saya yang membesarkan kami empat beradik. Sudahlah saya ni sukar orangnya, I can only imagine how tough it was.

Fatiha Sharif
Pengarah Eksekutif Asturi Metal Builders
Pereka dan stail kegemaran?
Terlalu banyak dan antaranya adalah Rizalman Ibrahim, Alexander McQueen, Ricardo Tisci, Haider Ackermann, Rick Owens dan The Row by The Olsen Twins. Stail saya, understated but different.
Tiga item wajib ketika kembara?
Mesti ada krim tabir suria, sepatu yang selesa untuk ke mana-mana dan paling penting wang yang banyak! Haha!
Lagu yang mencetuskan rasa glamor?
Halwa telinga saya gemarkan semua trek kumpulan indie Perancis iaitu Phoenix. Antaranya Rome, Girlfriend dan Everything is Everything.



