
Melihatkan entri di dalam laman web dan blog kreatif, Ultra sudah cukup membuktikan pemiliknya mengagumi ciri unik, vintaj dan berseni. Itulah Anita Hawkins, yang memulakan laman web itu bersama teman rapatnya, Tengku Chanela Jamidah. Hari ini, nama Ultra heboh ke pelosok dunia antaranya Colombo, Hong Kong, Paris dan London.
Kata Anita, āI really appreciate beautiful things, semula koleksi dalam simpanan ada kisah unik dan tersendiri. Jadi, Iām not a big spender.ā Mahu melihat koleksi peribadinya?

Salah satu helaian kegemaran Anita daripada koleksi Ultra. Helaian ini turut dinobatkan Anugerah Innovation Award 2011 di Ethical Fashion Forum.

Kata Anita, celana Uniqlo amat selesa dan sempurna buat potongan badannya.

Helaian ini dibelinya di pasar vintaj kegemaran di Shanghai dan masih belum sempat dipakainya lagi.

Rantai mutiara ini boleh dijadikan coker dan pada masa sama sesuai digunakan sebagai aksesori kolar pada helaian kemeja.

Dompet Charles Jourdan ini pernah menjadi milik dua generasi sebelumnya; nenek dan ibu Anita.

Gincu bernuansa merah samar dari M.A.C ini sentiasa ada di dalam tas tangan Anita.

Walau kembara ke mana-mana, kain batik ini menjadi peneman setia Anita. Pemberian nenek ketika dia masih kecil.

Pulau Pinang menjadi destinasi Anita bukan sahaja untuk bercuti dan makan malahan membeli barangan vintaj. Kemeja renda ini dibeli di sana.

Anita gemarkan solekan yang bold dan ringkas hanya calitan gincu merah atau natural dengan solekan mata smokey mahupun penggaris mata sudah memadai. Daripada M.A.C.



