Akhiri 2011 bersama GLAM dengan mengenakan busana hebat, khas bagi wanita metropolitan yang punya cita rasa tinggi dan berani untuk bergaya! Selamat tinggal potongan siluet dress yang membosankan kerana koleksi busana hebat pilihan GLAM kali ini pasti membuatkan gaya tampak gah di majlis mewah.
The Artisan

Lupakan saja dress panjang kerana ia sudah biasa dilihat! Beranikan gaya dengan mengenakan potongan dress yang berbeza seperti dress berpenal pada hujung kain. Malah, serlahkan gaya luar biasa dengan memilih perincian ropol. Tidak perlu bimbang jika dress yang dipakai berpotongan biasa kerana seni tenun timbul akan menerbitkan aura mewah pada gaya.
The Beauty

Elakkan warna bosan seperti hitam, biru malam atau putih kerana rona palet pastel dijangka hangat pada musim bunga akan datang. Jangan segan untuk mengenakan dress berona sorbet ini! Rona pastel akan menjadikan 2012 sebagai gaya elegan lembut yang masih menerapkan unsur sofistikated.
The Charmer

Dress peplum sesuai digayakan untuk mengimbas kembali fesyen retro glam. Dengan potongan gaya sensual di bahagian pinggul wanita, ia memberikan aura retro yang begitu popular pada era 20-an. Impak yang diberikan dress peplum bagaikan satu kelahiran baru yang menyentuh semula gaya dramatik. Sesuai dipadankan di majlis koktel.


















