TRADITIONAL BRIDE

Warisan gaya tetap dalam pilihan. Jelmaan ciri sensual dalam himpunan tradisional diserikan dengan perincian nan mewah.

Malam resepsi menyambut menantu menyaksi tema rona emas. Tidak mahu berlebihan, ringkas dengan top satin perincian di bahu daripada Nurita Harith bersama maksi sarat labuci Farah Khan. Anting-anting Cosry.

 

Dari generasi ke generasi, songket tetap menjadi tradisi di majlis resepsi. Lebih jelita kombinasi top perincian bulu daripada Syaiful Baharim dengan songket rona emas dan hitam Jovian Mandagie. Rantai antik dan cucuk sanggul perak daripada Salikin Sidek.

 

Malam ijab kabul berjanji sepakat menggayakan songket putih lambang kasih suci. Bolero sarat perincian Radzuan Radziwil . Kurung Pahang, cucuk sanggul dan gelang kaki, Salikin Sidek.

 

 

Tatkala kompang bergema, ratu sehari gemuruh menanti ketibaan rombongan raja seharu. Resepsi siang hari bertema biru muda. Kebaya moden renda dengan perincian labuci, Jovian Mandagie. Anting-anting studs milik penata gaya.

About Glam

http://www.glam.com.my

Speak Your Mind

*

Other BluInc Magazine Titles