Penulis, Aizat Aidid melangkah ke Singapura untuk melihat sendiri seni artisan Hermes. Tidak hanya mempertontonkan teknik seni eksklusif, malah setiap pembuatannya cukup teliti lagi agung. Semuanya ada di dalam GLAM bulan ini.
![]() |
![]() |
Hotel St. Regis menjadi lokasi penginapan rasmi buat pengunjung media yang dijemput. Menurut Aizat, ruang legar hotel dihiasi dekorasi yang cukup menakjubkan. “Mewah bukan kepalang”. Itulah kata-kata yang dizahirkannya selepas menyaksikan bagaimana jenama mewah Paris itu menyambut tetamu dengan hiasan fizikal yang ternyata opulent.
![]() |
![]() |
Lalu, media terus dibawa ke ruang legar pusat beli-belah Paragon yang menjadi lokasi berlangsungnya acara Hermes Festival des Metier. Bagaikan satu perkampungan kecil Hermes, setiap himpunan Hermes dipertontonkan buat peminat. Wajah atrium Paragon pula diubah kepada konsep moden oleh pereka terkemuka Milan, Paola Navone.
Ini antara intipati menarik yang terkandung dalam artikel di laman mukasurat 88 ini:
• Setiap artisan yang bekerja di Hermes mendapat pendidikan khusus oleh jenama mewah itu.
• Bekas graduan Hermes ini turut menjalani praktikal di rumah seni Hermes dan terus diambil sebagai protégé dalam penghasilan aksesori kulit Hermes.
• Terdapat 40 pelukis dari seluruh dunia seperti Texas, China dan India menjadi pilihan utama Hermes. Hasil lukisan mereka digunakan untuk penghasilan seni skarf.
• Setiap rona yang terdapat di atas lukisan akan dicetak semula satu persatu di atas material plastik. Rona itu pula perlu mengikut lukisan asal tanpa diubah dan hanya akan mempunyai perubahan jika pihak Hermes mahukannya.
![]() |
|
Artikel ini pastinya membuatkan anda terus kagum selepas mengetahui setiap proses yang terlibat memerlukan kepakaran yang hebat. Baca kandungan lanjut hanya dalam GLAM November 2011!
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)



