Santai: DEBARAN SEORANG PENGANTIN

GLAM sempat berkongsi saat menggembirakan Zairin Azman sebelum bergelar pengantin. Temu janjinya bersama Rizalman untuk memenuhi sesi fitting menjadi antara detik istimewa. Bersama Penulis, Jaja dalam melayari saat mendebarkan si gadis sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan.

Waktu-waktu senggang Zairin kini padat dengan urusan persiapan hal-hal persandingan. Selang beberapa hari saja yang tinggal, tetapi air muka Zairin tetap tenang tanpa sedikit pun bayangan stres. Dalam kesempatan itu, GLAM tidak terlepas untuk menyaksikan sedikit lembaran diari bakal si mempelai.

Bertempat di Rizalman Sposa, Zairin turut ditemani teman-teman rapat yang menjadi bridesmaids di hari persandingan nanti. Kata Jaja, Zairin turut membimbit fail dokumen berisi pelbagai rujukan baik topik gaun pengantin, konsep pelamin dan reka bentuk kad kahwin. Semuanya disusun rapi dan dibawa Zairin ke mana-mana.

Rizalman sememangnya menjadi pereka impian Zairin untuk mereka busananya kelak dia bergelar pengantin. Kata Zairin, Rizalman mudah diajak berbincang selain berkongsi cita rasa yang sama. Sebanyak empat busana dihasilkan Rizalman buat Zairin. Dua pasang buat malam berinai, satu busana untuk malam akad nikah dan sepasang lagi buat dua majlis resepsi berasingan.

“Hari ini, cukup sukar melihat majlis resepsi yang berkonsepkan tradisional sepenuhnya, apatah lagi melihat pengantin menyarung pakaian tradisional songket. Bagi saya, bila-bila masa boleh menyarung busana gaun moden tetapi songket bila lagi kalau bukan di hari persandingan sendiri. Oleh sebab itu, saya memilih tema tradisional sepenuhnya,” jelas Zairin.

Selain berkongsi idea rekaan, Zairin turut menceritakan warna pilihannya untuk busana yang diimpikan. Jangan lepaskan untuk membaca artikel penuhnya di muka surat 137 hanya di dalam GLAM November 2011..

About Glam

http://www.glam.com.my

Speak Your Mind

*

Other BluInc Magazine Titles