FASHA: THE HOPELESS ROMANTIC

 

 

Melihat judul artikel yang tertera dalam halaman Wajah GLAM bulan ini sudah cukup menangkap perhatian untuk memenuhi jawapan yang tertanya dalam hati iaitu “mengapa?”. Memandangkan hanya beberapa butiran menarik saja yang disediakan di sini, anda perlu memiliki GLAM November 2011 untuk mengenali Fasha Sandha lebih dekat.

 

 

 

Penulis, Min Luna bertemu dengan pelakon berwajah jelita ini di ruang VIP salah satu restoran di Pavilion. Pertemuan adalah susulan daripada sesi fotografi Fasha buat tatapan pembaca setia GLAM sementelah namanya dipilih untuk menghiasi muka depan. Satu lagi hadiah ekstra, Fasha turut muncul sebagai model untuk menyarung pelbagai busana ratu sehari hasil rekaan barisan ternama pakar fesyen dalam dan luar negara.

Semuanya khas untuk halaman fesyen kali ini.

Tetapi, topiknya bukan sekadar mengimbas semula detik rakaman wajahnya yang tersedia cantik dan sempurna. Min Luna turut berpeluang merungkai pelbagai soalan yang tidak bisa ditanya umum secara peribadi.

 

Antara bait kata yang cukup menarik darinya adalah, “I rasa bertuah jadi Fasha Sandha.” Adakah kenyataan itu adalah rentetan kejayaannya sebagai selebriti paling popular tanah air? Mahupun kerana kisah cintanya yang bukan lagi menjadi rahsia? Ataupun pengalaman getir yang dilalui saban tahun menjadikan dirinya lebih tabah dan semakin menghargai setiap detik manis yang dirasai?

Maaf, let’s keep it as a nice surprise sebelum anda menggenggam erat naskhah GLAM dan menyelak sebanyak tiga muka surat sarat intipati menarik tentang gadis bernama Fasha Sandha. Selain menceritakan tentang jatuh bangunnya sebagai artis, Fasha turut berkongsi her dream wedding. Malah, Fasha tidak malu untuk berkongsi rasa sayunya tiap kali menjadi tetamu kepada acara perkahwinan yang indah. Mengapa? Oh well, you really have to get our copy!

 

Jangan lupa temu janji anda di mana-mana newsstand untuk membeli isu GLAM November 2011.

About Glam

http://www.glam.com.my

Comments

  1. This is the real beauty of GLAM bringing up Fasha this month. Salute to GLAM & Crew for the supert photo shoot and it’s really GREAT! Kudos….i adore u guys!

Speak Your Mind

*

Other BluInc Magazine Titles