Fasha Sandha yang menyarung persalinan ratu sehari bergaya moden kelihatan menawan dalam gaya tersendiri. Siluet yang feminin lagi chic memancar tatkala Fasha ditata rias anggun. Saksikannya di sini.

Puas sudah kisah cinta Fasha dijaja umum, namun hatinya terus teguh buat si dia yang tercinta. Kemeja kapas Yves Saint Laurent dengan hiasan pussycat bow pada leher digandingkan dengan skirt potongan ikan duyung himpunan Rizalman Ibrahim. Anting-anting Aseana Accessories dan rantai mutiara milik penata gaya.
.jpg)
Fasha Sandha tetap setia dengan cintanya, dalam dress renda melewati lutut ilham Chanel dan kasut Rizalman Ibrahim. Anting-anting, rantai mutiara serta sarung tangan milik penata gaya.
.jpg)
Dress koktel Marc Jacobs dengan perincian stud membawa gaya unik pada Fasha. Veil dan corsage bintik milik penata gaya. Cincin mutiara Aseana Accessories.
.jpg)
Fasha menghabiskan masa bersama dua anak kecil yang menjadi penyeri resepsi cintanya. Fasha menyarung dress korset labuh dalam fabrik satin rekaan Amir Luqman. Veil Jovian Mandagie dan kasut Rizalman Ibrahim. Cincin koleksi Empreinte daripada Louis Vuitton. Noor dan Emira dalam dress sifon sutera Party Princess serta menyarung kasut Laura Ashley dari Vogue Bambini.



