5 DIREKTORI PERKAHWINAN

Malaysia punya tenaga kreatif yang cukup berpengalaman dalam memenuhi kehendak sesebuah majlis perkahwinan yang sempurna. Dari konsep majlis ke persalinan mahupun stail solekan, sentuhan mereka tiada tandingan. GLAM kali ini membentangkan senarai individu pilihan yang berupaya menjadikan perkahwinan kelihatan mewah lagi super glamour.

 

Khir Khalid

Jatuh di tempat ketiga, jurusolek ini memang terkenal dengan solekan natural. Bak kata penulis, Sarah Ishak, walaupun secara literalnya Khir hanya menggunakan ‘secebis’ alat solek, hasilnya tetap luar biasa. Prinsip tatarias perkahwinan jurusolek ini tentunya kecantikan semula jadi tanpa perlunya solekan tebal. Ini sekaligus menyerlahkan kecantikan asli si mempelai perempuan yang sesuai ditonjolkan pada majlis akad nikah.

 


Kid Chan

Nama ini antara perintis bidang foto perkahwinan tanah air. Pelanggannya pula terdiri dari negara serata benua termasuk Jerman, Kanada. Brunei, Singapura, Hong Kong dan Perancis. Arif dengan protokol dan adat istiadat perkahwinan Melayu, Kid Chan mahir memotret detik-detik manis di hari bahagia yang hanya berlaku sekali seumur hidup. Kid Chan juga taksub dengan fotografi hitam putih digital selain menyifatkan fotografi perkahwinan sebagai satu lagi cabang seni halus.

 

 

 

Salikin Sidek

Seakan menjadi signature tetapnya, Salikin Sidek cukup dikenali dengan konsep tradisional dengan biasan yang sungguh elegen dan effortless. Terutama kain songket yang digunakan dalam sebahagian besar koleksinya menonjolkan ciri tradisional yang begitu ketara. Namun tetap disulam siluet moden khasnya dalam pemilihan warna fabrik. Pastinya khidmat Salikin sesuai bagi pasangan pengantin yang memilih warisan turun temurun sebagai tema rias persalinan.

 

 

 

Delectable by Su

Berada di tangga ketujuh, GLAM menyebut nama ini disebabkan air tangannya yang begitu memukau dalam mencipta kek dengan rekaan dan rasa tersendiri. Delectable by Su tidak sekadar menyediakan resipi kek perkahwinan yang enak tetapi dekorasinya mengagumkan sesiapa saja yang memandangnya. Menggunakan fondant atau sugar paste, hiasan terperinci kek yang dihasilkan menjadikan apa saja yang dicipta Delectable tampil unik.

 

 

 

Pak Abu

Di tangga ke-13 pula terdiri daripada nama yang cukup popular dalam hiasan majlis dan seni reka pentas singgahsana atau pelamin, iaitu Pak Abu. Kreativiti yang diluhurkan berupaya membangkitkan suasana masyhur dan kegemilangan pasangan pengantin. Jambakan bunga-bunga segar pula menjadi dekorasi utama Pak Abu untuk menggamit suasana yang segar lagi mewah buat meraikan pengantin dan tetamu. Tidak hairan mengapa hasil kerjanya yang mampu menerbitkan gaya mewah menjadi sebutan ramai.

Siapa pula yang bertakhta di tempat pertama pilihan GLAM? Semuanya hanya terjawab di dalam naskhah GLAM November 2011. Dapatkannya sekarang!

About Glam

http://www.glam.com.my

Speak Your Mind

*