.jpg)
Dia berkelulusan jurusan fesyen dari Limkokwing University of Creative Technology dan kini menjawat jawatan sebagai stylist di Robinson. Sebelum itu, dia juga pernah mengikuti kursus pendek pemasaran fesyen di St Martins University, London sebelum berkhidmat di Hermes. Barangkali pengalaman yang digarap membuatkan dirinya tahu apa yang diinginkan. Itulah Didie Nasir.
Buktinya, ibu kepada seorang putera ini melancarkan koleksi peribadinya, Dinda, baru-baru ini. Ilham koleksi Dinda diperoleh selepas pengalaman sukarnya dalam mencari baju yang sesuai ketika dirinya hamil. Bercakap tentang cita rasa fesyen pula, Didie gemarkan gaya klasik dihiasi aksesori chunky. Valentino, Elie Saab dan Zac Posen antara pilihannya untuk koleksi glamor pada acara malam.

Dress Jane Norman ini dibeli sewaktu bercuti di Dubai, baru-baru ini.

Tas clutch Henri Bendel yang dibeli di Los Angeles adalah pemberian kakak iparnya.

Antara koleksi gelang tangan yang dibeli sepanjang pengembaraannya ke luar negara.

Sepatu Dolce Gabbana ini punya kisah lucu. Didie terpaksa berebut dengan wanita lain yang inginkan sepatu sama sewaktu ‘Boxing Day’ di London.

Losyen ini dibawa kala percutian ke pantai ataupun pulau.

Jam tangan Rolex ini pemberian arwah nenek Didie sewaktu hari perkahwinan ibunya dan pada hari perkahwinannya, ibu Didie pula menghadiahkan kepadanya.

Didie sering dipuji tiap kali menyarung top vintaj ini yang berona bold. Dibelinya di salah satu pasar vintaj di Bangsar.

Juga pemberian arwah neneknya, cincin emas ini menjadi koleksi kesayangan Didie.




