Wanita muda tetap berpengaruh

Dipetik dalam artikel yang ditulis Penulis Fesyen, Aizat Aidid, “Dunia berubah dan pelanggan muda ini membantu untuk meningkatkan semula penjualan adibusana. Ia dapat dilihat melalui kepintaran Chanel dengan mementaskan himpunan yang punya selera moden dan sesuai dengan kehendak wanita moden.

Ternyata, wanita muda punya kuasa untuk menentukan hala tuju trend fesyen memandangkan kuasa membeli mereka masih kukuh. Siapa antara mereka yang sering mendapat perhatian?

 

Michelle Harper

Harper disifatkan sebagai wanita bercitarasa gila dan segar dalam berfesyen oleh Jurugambar, Patrick McMullan. Ini kerana ikon yang mencintai dunia perfileman ini tidak pernah gagal muncul dengan gaya luar biasa. Selain adibusana mewah yang disarungkan, solekan dan gaya rambut Harper turut sentiasa mencuri perhatian.

 

Duro Olowu

Dior

Sergio Rossi

Alexander McQueen

 

Amanda Harlech

Muse kepada Karl Lagerfeld ini benar-benar menyusuri gaya hidup yang begitu mewah. Buktinya, koleksi adibusana yang dimiliki Harlech disimpan di Hotel Ritz, Paris bagi memudahkan Harlech dan Lagerfeld menjaga setiap busana itu. Selain Chanel, Harlech turut meminati adibusana John Galliano menerusi Dior. Bukan setakat itu saja, keberanian berfesyen Harlech turut terserlah apabila menjadikan ciri geisha sebagai inspirasi buatnya bergaya.

Francesca Biondi

Louis Vuitton

Sergio Rossi

Balenciaga

Keadaan bertukar 'mahal' sebaik model menyarungkan rangkaian aksesori mewah ketika sesi penggambaran halaman fesyen bulan ini. Mahu menyaksikannya? Klik klip video ini.

Comments

  1. Benon says:

    Alakazaam-information found, problem sovled, thanks!

Speak Your Mind

*

Other BluInc Magazine Titles