|
Dengan seni bina yang menceritakan seribu satu kisah, saujana nan segar serta gaya hidup yang tersendiri, semuanya ada di sini. Jamal Afiq Dato Jamaludin memerhatikan suasana di kota terbesar negeri Hesse, Jerman.
Pengenalan yang ditulis Jamal berbunyi sebegini:
“Daripada sejarah ke pemandangan, destinasi beli-belah ke hospitaliti hotel. Apabila melawat destinasi yang kurang dikomersialkan, barulah tapestri sejarah dapat dilengkapi dengan warna-warnanya, barulah titik-titik kejadian di dunia ini dapat dicantumkan dan memberi gambaran kepada kita yang sebenarnya saling memerlukan di antara satu sama lain, berkongsi ceritera sejarah, menyumbang kepada ekosistem dunia, hidup di zaman tamadun sejagat saya. Baru-baru ini, Frankfurt menjadi pilihan destinasi.”
|
Pastinya mereka yang menjejaki ke kota yang juga pusat kewangan dan pengangkutan terpenting Jerman ini meninggalkan memori tidak ternilai. Masakan tidak, kisah sejarah melibatkan kebangkitan rejim Hitler banyak mempengaruhi aspek pembangunannya. Namun, keadaannya kini berubah. Frankfurt yang terkenal dengan sosejnya atau “Frankfurter” ini menyurusi proses pembangunan yang berevolusi dan dengan beberapa bangunan pencakar langit menjadi mercu tanda komersial.
|
Antara artifak yang mendapat highlight termasuk Frankfurt Cathedral atau St. Bartholomeus Cathedral iaitu sebuah gereja gothic yang pernah menjadi tempat pertabalan diraja Jerman. Menurut Jamal, gereja itu menyaksikan raja-raja daripada Empayar Holy Rom dari tahun 1562 hingga 1792 ditabalkan.
Semestinya artikel ini mampu membawa anda mendekati lagi kota Frankfurt yang begitu exciting and really historic! Semuanya hanya di dalam GLAM bulan ini.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)



