Gambar Terkini Oktober 11

  • Fendi

    Fendi

    Sekali lagi perincian di dada mewarnai rekaan segelintir pereka sempena Minggu Fesyen London dan Milan. Ini sekaligus memecah kesuraman warna sejuk yang mengiringi musim dingin kali ini.

  • Gucci

    Gucci

    Frida Giannini menggunakan fabrik nipis dengan perincian ropol di dada berona kontras. Sekaligus menjadikan dress Gucci ini kuat dengan elemen feminin, romantis namun bermisteri.

  • House of Holland

    House of Holland

    Bergaya dalam ciri sederhana. Sweat shirt berona jingga bertatahkan manik mutiara di lengan menjadi tarikan utama dalam helaian rekaan House of Holland ini.

  • Issa

    Issa

    Rekaan dari Issa ini begitu memukau kerana ciri uniknya dengan iringan warna jingga yang menonjol. Apatah lagi aksesori topi dan rantai memberikan impak dalam melengkapkan gaya.

  • Matthew Williamson

    Matthew Williamson

    Dress labuh lagi flowy dari Matthew Williamson benar-benar memukau dengan gabungan rona mewah. Bermotifkan corak eksentrik, dress ini mampu menjadi cetusan inspirasi untuk ke majlis formal.

  • Moschino

    Moschino

    Siluet yang terhasil daripada dress Moschino ini menampakkan aura lembut, kewanitaan lagi anggun. Dengan aksesori minimalis, padanannya sudah cukup menjadikan si pemakai tampil sempurna.

  • Paul Smith

    Paul Smith

    Berteraskan siluet maskulin, himpunan Paul Smith berpotensi menjadi pilihan pengikut fesyen semasa. Dengan suntikan gaya androgyny from top to toe, koleksi kali ini cukup sesuai untuk gaya nan selesa.

  • Salvatore Ferragamo

    Salvatore Ferragamo

    Klasik vs classy. Yang mana lebih menonjol? Salah satu helaian Salvatore Ferragamo ini menghasilkan padanan yang cukup sempurna dengan skirt bermotifkan tweed serta ikatan bow menjela di dada.

  • Sass & Bide

    Sass & Bide

    Warna rekaan ini mengingatkan kepada dress rekaan Alia Bastamam yang digayakan Tiz Zaqyah sehingga dinobatkan sebagai best dressed pada acara The GLAM Great Escape beberapa bulan lalu.

Speak Your Mind

*

Other BluInc Magazine Titles