Datin Nurul Moiz: “Come on guys, bring it on!”

Sekalipun bersaiz petite, namun Datin Nurul Moiz punya gaya hidup yang cukup huge and everything first class! Bagaikan fantasi, penerokaan hidupnya penuh dengan ciri kemewahan juga excitement. Pemilik butik dekor, Modern Primitive ini yang merupakan ibu kepada tiga arjuna tahu apa yang dimahukannya.

Pastikan anda tidak terlepas daripada membaca artikel penuh mengenai wanita ikonik ini yang penuh dengan kisah menarik untuk dikongsi bersama. Sebelum itu, berikut adalah beberapa petikan kata-katanya yang menarik yang turut menjadi sebab mengapa anda harus membaca penuh artikel yang ditulis Min Luna ini!



"Jika di London, kunjungan ke Harrods pasti berlanjutan seharian. Akuinya, “Saya akan terus ke aras empat – mid-range shoes section seperti Carabella, kemudian singgah tingkat satu buat sepatu label pereka. Helaian kanak-kanak Missoni dan Marc Jacobs pula terlalu comel untuk dilepaskan.”

 

 

Dia juga akan membawa tiga terunanya yang berusia enam, tiga dan dua tahun bersantai di Hyde Park. “Melihat mereka berkejaran, bergurau dan bermain helikopter kawalan jauh… it is the most peaceful time for me."


 

Mendengar rentetan padat diari kembara Datin Nurul membuatkan saya bertanya di mana dia mendapat tenaga untuk menguruskan trionya. Jawabnya spontan, “Well, I don’t do the running around. I have my entourage.” Dia mengupah tiga pengasuh, khas menjaga setiap satu anak lelaki. Termasuk juga satu pembantu rumah dan tukang masak.

 

Tiga lelaki sudah cukup! Sebenarnya memang teringin cahaya mata perempuan, tetapi saya sudah penat untuk melalui fasa ‘cuti setahun’ yang kurang produktif. Sekarang ini saya begitu seronok dan fokus dengan hobi menunggang, polo serta butik. But I’m thinking of adopting an Afghan girl, perhaps one day…




Datin Nurul Moiz sememangnya tidak kekok memberikan pose istimewa di hadapan lensa kamera. Sementelah dirinya dihiaskan aksesori mewah dengan busana yang cukup classy, kelibatnya penuh dengan aura glamor. 


Saksikan klip video belakang tabir sewaktu penggambaran muka depan dirakamkan!

About Glam

http://www.glam.com.my

Other BluInc Magazine Titles