Jauh sudah mengembara, puas sudah melayari sedikit intipati yang padat di dalam majalah merangkumi fesyen, kecantikan juga gaya hidup. Bagaimana pula dengan kandungan menghiburkan di dalam ruangan Seni & Sastera bulan ini? Apakah berita-berita menarik kali ini? Let’s see what’s in it!
Pameran Trans-Figurasi Louis Vuitton
|
|
|
Indonesia kali ini menjadi destinasi pilihan Espace Cultural Louis Vuitton dalam mencari kelompok artis yang berpotensi untuk diketengahkan. Buat kali ke-16, pilihan ini merangkumi 11 artis terpilih dengan acara bertempat di Yogyakarta dan di bawah kaki Gunung Merapi. Siapakah barisan artis bertuah itu? Dan ke mana karya mereka bakal dipersembahkan? Semuanya ada dalam GLAM bulan ini.
Perginya seorang Seniman Negara
.jpg)
Jika anda masih ingat pada penulisan yang terkandung dalam buku teks Pendidikan Seni, seniman juga antara pendidik terulung yang menulisnya kini meninggalkan kita. Datuk Syed Ahmad Jamal, yang pernah menjadi Pengarah Balai Seni Lukis Negara (BSLN) pada 1983 hingga 1991 pulang ke rahmatullah sekaligus mengejutkan dunia seni negara. Ikuti artikel penuh mengenai seniman disegani ini yang turut mendapat penghormatan terakhir BSLN.
Buku pilihan GLAM bulan ini…
|
|
|
|
|
|
Apakah persamaan yang terkandung antara ketiga-tiga buku berkonsepkan biografi ini? Apakah pula intipatinya sehinggakan GLAM memutuskan untuk memilihnya? Dapatkan isu GLAM Oktober sekarang!









