5 Jauhari Emas & Aksesori disegani

Glitz, glamour and everything luxurious! Itulah tiga ungkapan terbaik menggambarkan kehidupan personaliti jauhari emas dan aksesori ini. GLAM kali ini mengetengahkan antara personaliti yang mewakili arus kontemporari, lagenda dan pewaris di dalam arena pembuatan barangan kemas.  

 

Gaia Repossi   Michelle Jank
 
Gaia yang mewarisi perniagaan barang kemas keluarga yang ditubuhkan sejak tahun 1920 di Turin, Itali kini melebarkan sayap perniagaannya hingga ke Monaco dan Place Vendome di Paris. Dari 1994, Gaia menjadi pembekal barangan kemas kepada keluarga diraja Monaco. Paling menarik, latar belakang pendidikannya yang berteraskan antropologi menjadikan Gaia menyerlah dalam menghasilkan koleksi bercirikan sejarah seni. Antara yang menyenangi rekaannya termasuk Karl Lagerfeld, Dodi Fayed juga Puteri Diana.   Berasal dari negara down under, karya jauhari berbakat ini pernah dipamerkan di Powerhouse Museum di Sydney. Malah, saban hari kepakaran Michelle menjadi permintaan daripada pelbagai firma rekaan dan butik. Selain mempunyai rangkaian rekaannya di Collette, Paris, barang kemasnya juga pernah digunakan Patricia Field di dalam sitkom dan filem Sex & the City. Klien yang turut meminjam bakatnya termasuk Nicole Kidman, Chloe Sevigny dan Naomi Campbell.   
Elsa Peretti   Aurelie Bidermann
 
Tersenarai sebagai jauhari pilihan GLAM ke-8, Elsa pada awalnya memulakan kerjaya sebagai seorang guru bahasa Perancis, pengajar ski dan model. Kemudian, Elsa berhijrah pula ke New York sebelum dilamar Tiffany & Co kerana bakatnya. Sejak itu, namanya mula menitip bibir kerana rekaannya yang berbentuk ‘tear drop’ begitu terkenal serata dunia. Antara yang gemar memakai loketnya ialah Keira Knightley, bekas editor VOGUE, Diana Vreeland, Demi Moore dan Gwyneth Paltrow.   Kisah perjalanan hidupnya memang menarik. Aurelie yang berbekalkan latar belakang pendidikan dalam sejarah seni berhijrah ke New York untuk bekerja dengan rumah lelong Sotheby’s. Selepas melihat banyak karya agung dunia, Aurelie mula menyimpan hasrat untuk menghasilkan karya agung sendiri. Akhirnya, usaha bersungguh Aurelie membuahkan kejayaan apabila dia dilamar LaCoste untuk menjayakan kolaborasi dan 2008 pula, dia menyertai Minggu Fesyen New York.

Tarina Tarantino

Pereka barang kemas dari Los Angeles ini cukup dikenali dengan rekaan funky, unik dan warna-warna menonjol. Jangan terkejut, Tarina pernah menjadi seorang jurumekap sebelum membuat keputusan untuk menjadi pereka barang kemas sepenuh masa. Koleksinya yang diminati orang ramai tentunya aksesori rambut yang eksklusif. Ini termasuk selebriti, Cameron Diaz yang gemar memakai rekaannya yang tersendiri.   Pastikan anda mendapatkan GLAM bulan ini untuk mengetahui senarai penuh 20 Jauhari Emas & Aksesori terkemuka pilihan!

Comments

  1. Lucy says:

    I was so confused about what to buy, but this makes it undesrtandable.

Speak Your Mind

*

Other BluInc Magazine Titles