Personaliti Berpengaruh di Sebalik Tabir Fesyen

Biarpun mereka hanya di belakang tabir, tetapi mereka punya kuasa untuk menggegar dunia fesyen. Kenali lima daripada 20 personaliti fesyen pilihan GLAM yang paling berpengaruh yang berupaya mencipta keajaiban dalam arena fesyen seantero.

Camilla Nickerson Mendahului di tempat kedua, Nickerson adalah Editor Fesyen Majalah W selain menggalas tanggungjawab sebagai Penata Gaya. Nickerson yang mula menunjukkan bakatnya sewaktu bekerja dengan Vogue Amerika, dia kerap bekerja dengan beberapa nama terkemuka seperti Steven Meisel, Vinodh Matadin dan Mario Sorrenti. Kehebatannya turut ‘dipinjam’ pereka dan jenama terkenal antaranya Yves Saint Laurent, Michael Kors dan Narciso Rodriquez.          

Rachel Zoe   Steven Klein
       
Bermula sebagai penata gaya pada awal tahun 90-an, Rachel Zoe turut mempunyai rancangan realitinya sendiri, The Rachel Zoe Project. Menariknya, Rachel pernah menjadi penata gaya barisan selebriti popular seperti Lindsay Lohan, Kate Hudson, Demi Moore, Eva Mendes juga Liv Tyler. Wanita berkelulusan Sosiologi dan Psikologi dari George Washington University ini juga sentiasa memastikan selebriti yang ditatanya tidak kekok di karpet merah.   Menduduki tangga ke-12 GLAM, Steven Klein adalah jurugambar yang begitu berbakat. Muncul sebagai jurugambar kegemaran Madonna dan Lady Gaga, Klein turut mengambil gambar untuk kempen iklan Calvin Klein, D&G, Alexander McQueen dan Nike. Selain itu, dia turut menyumbang hasil kerja untuk majalah Vogue Paris. Antara selebriti lain yang memilihnya sebagai jurugambar termasuk Britney Spears, Brad Pitt dan Tom Ford.

 

Grace Coddington   Natalie Massenet
       
Grace Coddington yang menerajui Vogue Amerika sebagai Pengarah Kreatif adalah antara tenaga kreatif yang kuat di belakang Anna Wintour. Sesiapa yang pernah menonton ‘The September Issue’ pastinya mengenali nama dengan empunya diri yang memiliki citarasa menakjubkan dalam mencipta hasil kerja yang luar biasa. Coddington juga pernah menjadi peragawati sebelum terlibat dalam kemalangan ketika berusia 20-an.   Bapa kepada wanita bercitarasa ‘tinggi’ ini pernah mengikat perut semata-mata mahu menghantarnya ke sekolah swasta terbaik. Begitu kesanggupan bapa Natalie Massenet demi memberikan yang terbaik buat masa depannya. Di situ, Massenet bergaul dengan anak orang berada hingga dia tahu akan gaya hidup mewah dan tidak kekok apabila bekerja untuk Tatler. Massenet yang mengahwini Arnaut Massenet selaku ahli bank pelaburan turut memiliki laman web membeli-belah terkemuka dunia, Net-A-Porter.

About Glam

http://www.glam.com.my

Speak Your Mind

*

Other BluInc Magazine Titles