Penjelajahan Gucci ke lima kota dunia

Ibu kota bakal menyaksikan tersergamnya butik baru Gucci. Bersandarkan ciri-ciri dan konsep yang mengisi ruang di lima butik teristimewa sebelumnya, tahukah apa yang bakal dipersembahkan di sana? Sudah tiba masanya untuk kita mengeksplorasi keistimewaan butik Gucci di dua daripada lima kota utama dunia!

Gucci London

Berkeluasan 20, 000 kaki persegi dan dibuka pada 1990, lokasi Gucci di London terletak di Sloane Street. Dibina dengan dua aras, butik ini meletakkan facade setinggi 60 meter dan dibuat daripada gangsa. Efek lampu LED sekali gus memantulkan suasana bergemerlapan. Dipetik dalam artikel yang ditulis Pengarang, Suzie:

“Seni hias dalamannya pula tidak kurang hebat. Tangga free-floating menggabungkan antara dua tingkat, manakala kombinasi kayu rosewood, lantai marmar dan dindingnya gangsa bersepuh emas.”

Wah, huraiannya cukup membuktikan pembukaan butik Gucci bukan calang-calang idea. Jika tiada elemen classy, mewah dan rich with gold, itu bukan Gucci namanya!

Gucci Shanghai

Pertumbuhan ekonomi yang cukup dinamik di China menjadikan Gucci turut merasai tempiasnya. Memiliki lebih 25 butik di seluruh China, Gucci mula membuka pintunya pada 1997. Paling terbesar, adalah di Plaza 66 yang dibuka pada Mei 2009 dengan keluasan 1,600 kaki persegi. Istimewanya flagship store Gucci di China ini adalah konsep rekaannya eksklusif oleh Frida Giannini sendiri. Suzie turut menulis, “Dua ruang bergabung menjadi satu, tampak mantap dengan sedikit elemen Shanghai sendiri yang disulami dengan penuh berseni bersama gaya kontemporari Gucci.” There is nothing that can beat that!

Aksesori dipamerkan di aras bawah sementara koleksi ready-to-wear pula disusun di aras teratas. Rekaan konsep penuh eksklusif, kontemporari dan sleek ini pastinya membuatkan pengalaman membeli-belah di Gucci tidak akan dilupakan.

Untuk artikel penuh, dapatkan isu GLAM terbaru!

Speak Your Mind

*

Other BluInc Magazine Titles